JANGAN UNGKIT PERISTIWA 13 MEI 1969

910
SHARES
3.2k
VIEWS

1. Waytha Moothy mesti dipecat dari jawatan Menteri di Jabatan Perpaduan Dan Integrasi Nasional.

2. Sebab telah ternyata beliau gagal melaksanakan amanah dan tanggungjawab menjaga perpaduan dan keharmonian berbilang kaum di Malaysia, sebuah negara majmuk. Beliau meleset dalam memahami naratif berbilang kaum yang telah negara nikmati selama 62 tahun merdeka.

3. Ini terbukti apabila beliau bersetuju untuk hadir sebagai Tetamu Kehormat (Special Guest) dalam satu program An Inter-Generational Conversation yang membincang isu berdarah 13 Mei 1969 yang akan diadakan pada 15 Jun 2019 di RUANG by Think City (sila rujuk lampiran poster).

4. Program ini diadakan di RUANG oleh Think City yang terletak di No.2 Jalan Hang Kasturi, Kuala Lumpur. Dengan menjemput tokoh-tokoh tempatan bagi mengimbau kembali Tragedi 13 Mei yang menjadi catatan hitam dalam sejarah tanah air sepanjang kita mencapai kemerdekaan dari campur tangan Inggeris di negara kita.

5. Agak aneh apabila senarai panelnya terdiri dari Mohsin Abdullah seorang penulis berita bagi media The Edge Malaysia, Hassan Muthalib pengiat seni, designer dan juga penerbit filem aminasi, Dato’ Foong Yee bekas pegawai polis bangsa Cina yang terlibat secara langsung pada peristiwa tersebut.

Seorang ahli panel Johan Fernandez, manakala moderator; Jerald Joseph dengan Tetamu Kehormat YB Senator Waytha Moorthy A/L Ponnusamy, Menteri di Jabatan Perpaduan Dan Integrasi Nasional yang juga merupakan Presiden HINDRAF.

6. MUAFAKAT tidak menghalang sebarang bentuk program positif pada negara dan rakyat, yang membimbangkan jika ia lebih kepada impak negatif yang boleh mencetus ketidakstabilan berbilang kaum dalam negara. Ini kerana peristiwa 13 Mei ini mengimbau kembali tragedi berdarah antara kaum terutamanya antara bangsa Melayu dengan bangsa Cina.

7. Ia dilihat seolah-olah program “talk” ini mempunyai motif untuk mengangkat peristiwa berdarah 13 Mei yang telah menjadi silibus pendidikan sekolah menengah, kepada naratif baru yang bercanggah dengan fakta sejarah sebenar tanah air.

8. Kita tidak mahu “talk” yang sia-sia ini dijadikan sebagai platform untuk mereka yang berasa tidak puas hati mengambil kesempatan seperti cuba mengangkat petualang menjadi wira manakala wira dijadikan petualang?

9. Kebebasan bersuara bukanlah bermaksud rakyat sudah mempunyai kebebasan dalam segalanya sehingga bebas lantang bersuara melanggar prinsip kestabilan berbilang kaum dalam negara.

10. MUAFAKAT ingin mengingatkan pihak penganjur program bahawa tindakan mereka seolah-olah ingin mempersalahkan penulis buku Malay Dilemma dengan tidak menafikan ia ada memainkan peranannya selepas peristiwa hitam tersebut.

11. Justeru, MUAFAKAT berpendapat bagi mengelak daripada timbulnya perkara-perkara yang tidak diingini dikemudian hari; PROGRAM INI PATUT DIBATALKAN!

12. Jika majlis seperti ini terang-terangan menyalahgunakan kebebasan bersuara secara melampau sehingga boleh menggugat keharmonian negara, MUAFAKAT mengesa Perdana Menteri, YAB Tun Dr. Mahathir supaya ISA kembali dilaksanakan.

Haji Rashidi bin Haris

Ketua Media MUAFAKAT

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts