Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador telah mengesahkan ketulenan video semburit yang dikatakan pelakunya adalah Datuk Seri Azmin Ali, Menteri Ekonomi dan pasangan sejenisnya iaitu Haziq Abdullah Abdul Aziz, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong.
Tetapi Hamid juga dipetik berkata, mereka tidak dapat mengenalpasti siapakah pelaku dalam video tersebut, walaupun di sebalik kecanggihan peralatan yang dimiliki oleh pihak polis dan juga CyberSecurity Malaysia.
Peralatan dan perisian canggih tidak akan menipu dan ini bermakna pelakunya memang langsung tidak dikenali oleh sesiapa dan langsung tiada mirip dengan mana-mana pemimpin sekalipun.
Ini kerana sebelum ini banyak kes-kes melibatkan CCTV dan rakaman amatur berjaya diselesaikan oleh pihak polis yang amat cekap menjalankan siasatan.
Tidak mungkin kali ini kelengkapan, perisian dan pakar mereka yang sama tidak mampu membuat perkara yang biasa mereka lakukan seperti kes-kes yang lain.
Walaupun Haziq ada membuat pengakuan bahawa sememangnya beliau dan Azmin terlibat dalam video yang menggemparkan dunia tersebut namun kenyataan beliau tertolak kerana menurut Hamid, individu tersebut tidak dapat dikenalpasti.
Berbeza dengan Haziq, kenyataan Hamid lebih telus dan juga tidak berat sebelah kerana beliau seorang yang berani dan menjunjung tinggi kebenaran dalam menegakkan “Rule of Law” di negara ini.
Lihatlah kes 1MDB, bagaimana beliau berpegang dengan pendapatnya, kemudiannya disisihkan, namun kemudian diangkat kembali sehingga menjadi Ketua Polis Negara.
Walaupun kes 1MDB masih gagal diselesaikan, Ketua Pesuruhjaya SPRM juga sudah “diminta untuk angkat kaki” dan bukti di mahkamah menunjukkan wang 2.6 bilion diberi oleh Arab Saudi.
Malah bukti sahih terkini menunjukkan Jho Low dan Joanna Yu Ging Ping bersekongkol menipu Najib dalam kes SRC, namun Hamid tetap berpegang dengan apa yang beliau yakini.
Inilah kredibiliti Hamid, beliau begitu yakin, tegas dan konsisten dengan prinsipnya iaitu “kalau beliau rasa betul, maka betullah perkara tersebut”.
Ini yang boleh dibanggakan oleh semua dan rakyat Malaysia wajar bersyukur kerana negara mempunyai Ketua Polis Negara seperti beliau.
Tentu beliau akan membantu mengharumkan nama negara, seperti yang boleh dilihat melalui siasatan video semburit ini.
Justeru, jika Hamid Bador berkata tidak dapat dipastikan siapakah yang terlibat dalam video tersebut, maka tentulah amat jelas ia tidak menyerupai sesiapapun.
Tun Mahathir dan Azmin sendiri sepatutnya yakin dengan Hamid dan tidak perlu melatah membuat pelbagai kenyataan melulu.
Tun Mahathir sepatutnya yakin dengan Hamid dan tidak perlu risau kerana tiada sesiapa yang hendak dijatuhkan melalui penularan video tersebut.
Azmin pula tidak perlu rasa malu dan jangan bersikap defensif keterlaluan seolah-olah tidak yakin dengan keyakinan Hamid mengenai video tersebut.
Serahkan sahaja kepada Hamid dan Peguam Negara untuk mempercepatkan dakwaan terhadap Haziq yang bersalah kerana berkomplot memfitnah.
Agar beliau dikenakan hukuman setimpal sebagai iktibar menuduh individu warak yang mempunyai kehidupan sihat sebagai seorang lelaki sejati dan bukannya seorang gay atau pengamal semburit, seperti yang beliau fitnah.
Juga tidak ada salahnya untuk Azmin masih menyimpan hasrat menjadi Perdana Menteri kerana Hamid sendiri telah sahkan lelaki berbogel yang jelas nampak kemaluan, yang ‘beraksi’ bersama Haziq dalam video tersebut bukanlah dirinya.