Syabas kepada PDRM atas kecekapan hingga berjaya menangkap 6 orang pengkhianat yang menjual negara dengan menjual MyKad atau memberi kewarganegaraan kepada orang asing. Pengkhianat-pengkhianat ini tidak wajar diikat jamin dan mesti dihukum dengan hukuman yang seberat-beratnya.
2. Menjual MyKad bukannya isu jenayah biasa atau jenayah kecil tetapi jenayah yang sangat berat sama seperti menjual negara kepada orang asing yang entah bagaimana latar belakang mereka yang berkemungkinan terdiri dari penjenayah berat seperti pembunuh, perogol bersiri, agen asing, penyeludup dadah, penyamun, lanun dan mereka yang dari berbagai latar belakang yang kita tidak ketahui.
3. Lebih berat lagi, berkemungkinan juga para pengkhianat ini bersekongkol dengan musuh negara dan dengan sengaja memberi MyKad itu secara percuma dengan tujuan untuk membawa masuk musuh-musuh negara yang mahu menjajah dan menakluki negara kita. Ini amat bahaya sekali dan tidak harus dipandang ringan. Kerana itu selama dalam siasatan para pengkhianat tidak boleh sama sekali diikat jamin.
4. MUAFAKAT tertanya-tanya apakah ada tangan-tangan ghaib di belakang jenayah berat ini? Jika dikaitkan perkara ini dengan rentetan peristiwa bermula dari system down di KLIA, kemudian dilaporkan berlambak pendatang dari negara China terkandas di KLIA, agak luar biasa apabila mengetahui kehadiran mereka baru-baru ini secara mendadak. Lebih membimbangkan lagi apabila tular dalam media dengan meluas kes duplicate nama-nama orang Cina ke atas pemegang asal MyKad orang Melayu. Kita tertanya-tanya ada agenda apa di sebalik semua ini?
5. Selain itu, kita juga dilaporkan dengan berita kemasukan kaum Cina secara mendadak dan sedang menanti kelulusan dari KDN untuk memberi kerakyatan kepada 200,000 pendatang asing yang majoritinya adalah dari kalangan orang Cina sekaligus akan mendapat kewarganegaraan.
Kenapa hal ini berlaku, dan apakah sebelum inipun setiap tahun ada seramai antara 100,00 hingga 200,000 orang asing yang telah mendapat kelulusan kewarganegaraan? Jika tidak silap, dalam Manifesto tidak menyebut langsung perkara kewarganegaraan ini sebagai salah satu daripada perkara yang dijanjikan.
6. Sewajarnya isu ini patut sekali para pengkhianat ini jika sabit dengan jenayah besar yang mereka lakukan ini, dihukum dengan hukuman seberat-beratnya hatta dihukum mati sekalipun, kerana ia membabitkan keselamatan dan kedaulatan negara. Mereka yang diberi kerakyatan ini secara tidak langsung mempunyai hak untuk mengundi dan memilih pemimpin negara. Bukankah perkara ini seperti suatu agenda untuk menguasai kerajaan?
7. Di sini jelas, ia bukannya sekadar jenayah menjual MyKad tetapi menjual negara dan pelakunya dikira sebagai pengkhianat negara yang dalam peruntukan undang-undang antarabangsa mereka ini layak dihukum BUNUH! Peruntukan ini boleh dirujuk dalam Perlembagaan Persekutuan, Bahagian III, Kewarganegaraan, Perkara 14 dan seterusnya.
8. Dan jika dipenjara, tidak layak diberi pengampunan. Jenayah menjual MyKad kepada orang asing ini adalah sama seperti menjual negara kepada orang asing, ia merupakan pengkhianatan kepada YDP Agong dan negara. Sedangkan amat jelas dalam Rukun Negara tercatat; Kesetiaan kepada Raja dan negara.
9. Ia juga boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 2 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.
Peruntukan hukumannya; “Mana-mana orang yang membuat, memperoleh, memberi, menjual atau memiliki suatu dokumen perjalanan atau pengenalan diri bagi maksud memudahkan suatu perbuatan pemerdagangan orang melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun, dan boleh juga didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit tetapi tidak melebihi lima ratus ribu ringgit.”
10. Dalam isu kewarganegaraan ini, MUAFAKAT tegas memegang prinsip sebagai rakyat Malaysia bahawa tindakan 6 pengkhianat ini adalah melampaui batasan jenayah berat dan wajib dikenakan hukuman. Jika tidak dihukum bunuh maka kerajaan harus tegas dengan membuang kerakyatan mereka sebagai pengajaran agar perkara ini tidak berulang dan jangan ada sesekali sesiapapun terlintas untuk melakukannya lagi.
Ini Soal Keselamatan dan Kedaulatan Negara!
Haji Rashidi bin Haris
Ketua Media MUAFAKAT