KEBEBASAN BERSUARA ‘VERSI’ UNIVERSITI MALAYA

413
SHARES
2.3k
VIEWS

Kesalahan yang manakah lebih serius di antara mahasiswa Hong Kong yang tidak berdiri ketika lagu kebangsaan dimainkan, jika hendak dibandingkan dengan kesalahan mahasiswa Universiti Malaya yang mendesak Naib Canselor Universiti yang meletakkan jawatan ketika majlis konvokesyen dilangsungkan?

Apabila menyedari tidak semua pelajarnya berdiri ketika lagu Kebangsaan tersebut dimainkan, pihak universiti serta-merta menghentikan lagu tersebut dan mengarahkan dua pelajar tersebut keluar dewan kerana tidak menghormati lagu Kebangsaan.

Jika mahasiswa Universiti Malaya tersebut, Wong Yan Ke adalah mahasiswa di universiti tersebut, tentulah tindakan lebih keras akan dikenakan terhadap beliau kerana menghina majlis penganugerahan yang secara tradisinya dilangsungkan dengan penuh istiadat.

Jika kebebasan bersuara ingin diraikan, namun semua pihak wajar sedar bahawa setiap kebebasan bersuara tersebut tetap mempunyai had tertentu dan tidak boleh disalahtafsir sebagai tiada had kerana ‘bebas menyuarakan hak’.

Pihak Universiti Malaya sendiri sepatutnya mengenakan tindakan tegas terhadap mahasiswa mereka kerana kebebasan suara tersebut telah disalahgunakan, yang membawa implikasi yang besar untuk jangka masa panjang.

Mereka tidak sepatutnya berlembut kerana khuatir akan menghadapi masalah di masa hadapan dalam majlis apa sekalipun, berkemungkinan pihak universiti akan menghadapi risiko dimalukan seperti dalam kejadian mahasiswa biadap seperti Yan Ke ini.

Mungkin akan ada pihak yang akan membawa plakad menuntut agar pihak universiti menurunkan yuran, meminta PTPTN dimansuhkan ataupun mendesak pendidikan percuma di setiap universiti ketika konvokesyen dilangsungkan.

Atau mungkin pentadbiran Universiti Malaya ingin dilihat terbuka dalam suasana ‘Malaysia Baru’ dengan menjadikan acara protes mahasiswa dan mengangkat plakad ketika konvokesyen sebagai acara tahunan di universiti tertua tersebut.

Jika begitulah cara meraikan kebebasan bersuara ‘versi Universiti Malaya’, maka majlis konvokesyen mereka akan dipandang rendah dan tidak dihormati lagi sedangkan reputasi mereka begitu tinggi dan bermaruah sejak sekian lama.

Jangan pula Universiti Malaya tertanya-tanya dan marah selepas ini kenapa semakin ramai pelajar mereka menjadi biadap.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts