TUN M SOKONG ABU CHIN PENG DIBAWA BALIK?

489
SHARES
1.3k
VIEWS

Oleh Mohd Puad Zarkashi

29 November 2019

Tun M kata, isu abu mayat Chin Peng adalah perkara remeh. Perkara remeh? Klik:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/11/28/kenapa-bangkit-isu-abu-mayat-chin-peng-soal-dr-m/

Adakah melanggar undang undang negara dianggap perkara remeh?

Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalannya menegaskan, kerajaan tidak pernah menarik balik larangan membawa pulang abu mayat bekas ketua pengganas itu. 

Bahkan Chin Peng sehingga dia mati tidak pernah memohon menjadi warga negara Malaysia.

Dalam perjanjian Haadyai 2 Disember 1989, PKM diberi tempoh setahun sehingga 1 Disember 1990 untuk kemukakan senarai yang ingin balik ke Malaysia.

Daripada 1,188 anggota hanya 431 sahaja yang memohon balik ke Malaysia.

Nama Chin Peng tidak adapun dalam senarai permohonan itu.

Itu bermakna Chin Peng memang tidak mahu balik Malaysia.

Adakah kesetiaannya kepada Yang DiPertuan Agung masih berbelah bagi?

Mungkin Chin Peng tidak mahu memenuhi syarat meninggalkan fahaman komunis yang menolak sistem beraja.

Sebab itu dia tidak ada dalam senarai 338 orang yang diluluskan.

Shamsiah Fakeh dan Musa Ahmad memang mahu balik Malaysia.

Justeru, kenyataan Tun M, kenapa mereka boleh balik tetapi Chin Peng tidak boleh amat mengelirukan

Lagi malang, apabila Tun M menjadikannya sebagai isu kaum kononnya Chin Peng orang Cina manakala Shamsiah orang Melayu.

Penjenayah perang tidak kira kaum. Orang seperti Pol Pot, Radovan Karadzic dan Hitler tetap dianggap penjenayah walaupun setelah mengaku kalah.

Ada bekas pemimpin Nazi ketika dijumpai dari persembunyian, umur mereka sudah lanjut. Mereka tetap dihukum.

PKM pula menyambung keganasan selama 32 tahun lagi selepas negara diisytiharkan merdeka.

Maka hukuman tidak membenarkan abunya dibawa balik adalah wajar dan setimpal.

Tun M kata, takkan nak kutip balik abu Chin Peng yang sudah ditabur di atas laut.

Sebenarnya kepercayaan rakyat terhadap PH juga sudah menjadi abu.

Memang tidak boleh dikutip lagi.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts