MASZLEE KAMBING HITAM PERTAMA KABINET PH MAHATHIR

189
SHARES
543
VIEWS

Oleh Isham Jalil

Menteri Pendidikan Maszlee Malik baru meletakkan jawatan sejam tadi.

Dalam politik Malaysia, tiada siapa yang telah menjadi menteri akan meletakkan jawatan secara sukarela jika tidak terpaksa atau dipaksa.

Ini sudah dijangka kerana Maszlee adalah sasaran kambing hitam yang paling mudah dalam kabinet untuk Mahathir dan DAP pecat.

Apabila isu Jawi timbul, DAP dan Dong Zong tidak berpuas hati maka Mahathir memerlukan seorang kambing hitam. Kali ini Maszleelah orangnya.

Mahathir tidak boleh usik Menteri-menteri DAP memandangkan DAP adalah yang paling berkuasa dalam kerajaan sekarang.

Dan Maszlee pula tidak ada kuasa politik atau sokongan di akar umbi dan di dalam parti untuk berunding dengan Mahathir atau DAP.

Mahathir akan pecat atau memaksa letak jawatan sesiapa sahaja yang DAP tidak suka untuk menyelamatkan tengkuknya.

Maszlee bukanlah orang pertama yang menjadi kambing hitam Mahathir dan dia tentunya bukan orang yang terakhir.

Jika Mahathir boleh buat begini kepada orang dalam partinya sendiri, adakah lagi orang dari luar partinya yang masih percaya dan mahu berunding dengan Mahathir?

Kementerian Pendidikan adalah kementerian terbesar dengan jumlah anggota kerja dan peruntukan yang terbesar iaitu satu per empat dari bajet Kerajaan Persekutuan.

Mahathir mungkin akan memangku jawatan Menteri Pendidikan atau dia sendiri akan menjadi Menteri Pendidikan di samping menjadi Perdana Menteri.

2 Januari 2020

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/621615428593985/?d=n

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts