SUDAH LEBIH 5 TAHUN PAKATAN HARAPAN BERUSAHA MEMENJARAKAN NAJIB

578
SHARES
1.7k
VIEWS

Kes 1MDB telah disensasikan sejak tahun 2015 tetapi selepas 2 tahun memerintah, kerajaan Pakatan Harapan masih tidak mampu menghadirkan bukti kukuh yang tidak mampu dicabar oleh barisan peguam Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Sehingga ke hari ini, Najib masih gagal disabitkan walaupun sudah lebih 5 tahun Pakatan Harapan berusaha memainkan isu ini iaitu sejak 2015.

Rakyat kembali menyokong Najib

Pelbagai cara Pakatan Harapan lakukan termasuklah menerusi DOJ di Amerika Syarikat namun tetap hampa, Najib masih bersenang-lenang ke sana sini malah rakyat semakin menyenanginya secara semula jadi.

Malah lebih mengejutkan, ramai yang termakan fitnah sebelum ini turut meminta maaf atas kesilapan mereka termakan dan turut menyebarkan fitnah Pakatan Harapan.

Merekalah yang kini kerap mengunjungi Facebook Najib setiap masa bagi mendapatkan maklumat tepat dan terkini kerana setiap siaran (posting) beliau disertakan dengan pautan berita bagi mengukuhkan hujahnya.

5 tahun yang sia-sia

Secara logiknya mereka mempunyai masa sebagai pembangkang sejak 2015 sehingga 2018, kemudiannya ketika menjadi kerajaan dari Mei 2018 sehingga kini, namun selepas 5 tahun mereka masih gagal.

Bahkan Najib semakin disukai rakyat berbanding selepas kalah pilihan raya umum di mana beliau teruk dihina dan dimalukan oleh Pakatan Harapan sebegitu rupa, seoalah-olah seluruh dunia menentangnya, termasuk ramai pemimpin-pemimpin dalam partinya sendiri.

Hanya sekadar menang persepsi malah masih gagal membawa Najib ke penjara

Menerusi perbicaraan di mahkamah, kini terbuka pula pelbagai rahsia mereka di sekelilingnya yang mendapat habuan besar dari Jho Low.

Bahkan saksi-saksi pendakwaan sendiri banyak ‘membantu’ pihak pembelaan ketika disoal balas.

Bukti dan saksi yang dihadirkan semuanya ‘kantoi’ ketika sesi soal balas, seolah-olah pasukan Pendakwa Raya tidak bersedia, tidak menyemak bukti serta membawa saksi-saksi yang tidak kredibel.

Tandatangan palsu dan SPRM menyediakan skrip untuk saksi

Apa yang memeranjatkan, pihak Pendakwa Raya tidak mengambil kisah akan bukti tandatangan Najib telah dipalsukan.

Serta terbukti di mahkamah, pihak SPRM menyediakan skrip untuk beberapa saksi, yang berjaya dikesan oleh pihak pembelaan.

Saksi sendiri terbukti bersekongkol dengan Jho Low

Sebagai contoh, bagaimana mungkin Joanna Yu Ging Ping yang menjadi saksi pihak Pendakwa Raya akhirnya terbukti di mahkamah bersekongkol dengan Jho Low untuk menyembunyikan maklumat perbankan daripada pengetahuan Najib.

Yang lebih mengejutkan, Joanna bertindak atas arahan Jho Low!

Pendedahan ini benar-benar memeranjatkan pasukan Pendakwa Raya.

Saksi pendakwaan ‘terkantoi’ di mahkamah

Jelas hanya melalui 2 saksi di atas, belum lagi dimasukkan keterangan Datuk Amhari yang juga ‘terkantoi’ mendapat habuan berjuta daripada Jho Low serta pemalsuan tandatangan, menunjukkan kes 1MDB ini hanya disensasikan sejak 2015 tanpa bukti yang kukuh.

Justeru pelbagai cara perlu dilakukan, apatah lagi korban atau ‘kambing hitam’ pertama iaitu Datuk Seri Shukri Abdull telahpun meletakkan jawatan.

2.6 bilion ringgit adalah derma Arab Saudi yang turut diketahui oleh Bank Negara

Uma Dewi, Pengurus Cawangan Ambank yang menjadi saksi ke-21 Pendakwa Raya mengakui ‘wang 1MDB’ berjumlah 2.6 billion ringgit itu adalah dari kerabat Diraja Saudi dan juga diberi oleh Kementerian Kewangan Arab Saudi, malah di bawah pengetahuan Bank Negara.

Sehingga kini pihak pendakwaan masih tidak berani membawa kerabat Diraja Saudi dan individu yang bertanggungjawab di Kementerian Kewangan Arab Saudi yang memberikan derma tersebut.

Ini membuktikan bukan kebenaran yang dicari tetapi matlamatnya ialah memenjarakan Najib dengan memfitnah 1MDB.

Konspirasi peringkat tertinggi, coup d’etat atau ‘deep state‘?

Mungkin juga boleh diistilahkan sebagai konspirasi peringkat tertinggi kerana melibatkan banyak pihak yang berpangkat tinggi dalam kerajaan dan rapat dengan Najib.

Ini termasuklah Tan Sri Zeti yang menasihatkan Najib untuk menggunakan akaunnya sendiri untuk menerima wang derma kerabat Diraja dan Kementerian Kewangan Arab Saudi.

Selain itu pendedahan 9 audio rakaman Najib juga membuktikannya.

Ini baru tepat untuk dikatakan sebagai ‘deep state‘ atau daulah terpendam yang bertujuan merampas kuasa atau coup d’etat, dengan cara berkonspirasi seperti ini.

Najib terbukti bersalah?

Kesalahan Najib adalah kerana menerima nasihat yang salah daripada orang yang salah namun itu bukanlah bukti beliau boleh disabitkan kesalahan dalam kes pecah amanah atau Criminal Breach of Trust (CBT).

Sekeliling Najib yang ditugaskan untuk menguruskan 1MDB dan SRC terbukti di mahkamah mempunyai kepentingan peribadi malah ada yang menerima habuan dan gaji daripada Jho Low.

Lebih teruk, mereka berkonspirasi ‘mengenakan’ dan meletakkan seluruh kesalahan ke atas Najib.

Pakatan Harapan terdesak untuk memenjarakan Najib

Dengan penjelasan saksi di mahkamah yang menerima habuan daripada Jho Low sudah memberikan gambaran mengenai perjalanan kes ini.

Bahkan pihak SPRM tidak perlu menyediakan skrip kepada beberapa saksi jika kebenaran yang dicari.

Namun ini tidak berlaku kerana matlamatnya bukanlah mencari kebenaran.

Jika tidak, kenapa Pakatan Harapan tidak berani membawa pulang Jho Low dan Nik Faisal, dua ‘key person‘ yang sehingga kini masih ‘gagal’ ditemui?

Jho Low sudah menjadi beruang dan mungkin telah pulang ke habitat asal

Ketua Polis Negara sudahpun memberikan jawapan iaitu beliau berkata negara luar yang ‘melindungi’ Jho Low memaklumkan pihak polis Malaysia bahawa Jho Low sukar ditemui kerana sudah menyamar menjadi beruang.

Sama ada negara luar tersebut hanya ‘menganjing’ polis negara kita kerana masih tidak faham-faham bahawa mereka tidak akan menyerahkan Jho Low, ataupun Ketua Polis Negara terlalu bodoh untuk faham bahawa mereka hanya menyindir polis Malaysia.

Sepatutnya jika benarlah negara tersebut berkata sedemikian, Ketua Polis Negara patut sekadar berkata;

“Negara tersebut memberikan pelbagai alasan tidak masuk akal demi untuk melindungi Jho Low”.

Atau dengan membawa pulang Jho Low, pihak Pakatan Harapan khuatir akan terdedah segala konspirasi selama ini?

Maka, di mana pula Nik Faisal?

Seperti Jho Low, beliau mungkin sudah mengubah dirinya menjadi badak sumbu dan pulang ke habitat asalnya di Afrika.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts