KENAPA BURUKKAN IBADAH ISLAM? DR. AHMAD SANUSI AZMI

879
SHARES
1.4k
VIEWS

1. Laporan portal Free Malaysia Today semalam memaparkan aduan segelintir ibubapa yang mengkritik amalan ibadah dalam Islam sebagai mengganggu pelajaran.

Rujuk:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/01/21/ritual-agama-berlebihan-jejas-prestasi-murid-keluh-ibu-bapa/

Berita tersebut menyatakan bahawa amalan ibadah seperti solat berjemaah, solat tahajud dan solat hajat sebagai menjadi punca kemerosotan pencapaian pelajar.

2. Berita ini kelihatan hanya memaparkan aspek negatif amalan ibadah Islam tersebut semata sedangkan pengalaman positif dari aktiviti kerohanian ini tidak pula dinyatakan. Malah mengaitkan kemerosotan akademik dengan amalan ibadah adalah satu dakwaan yang sangat longgar. Kelesuan pelajar boleh berpunca dari pelbagai aspek. Sukar untuk kita membuktikan solat berjemaah menjadikan pelajar merosot akademik.

3. Bahkan penggunaan perkataan “ritual” juga seakan memberikan konotasi negatif terhadap ibadah dalam Islam. “Ritual” juga digunakan dalam upacara agama lain sedangkan amalan yang dituju adalah ibadah seperti solat berjemaah, tahajud dan tazkirah.

4. Sedarkah kita bahawa Rasulullah mendidik pemuda Islam dengan ibadah seperti solat berjemaah dan qiamullail? Rasulullah diriwayatkan memuji Abdullah bin Umar sebagai seorang anak muda yang sangat soleh, malah Baginda mendidik beliau dengan Qiamullail.

Sabda Rasulullah:

نِعْمَ الرَّجُلُ عَبْدُ اللَّهِ لَوْ كَانَ يُصَلِّي مِنْ اللَّيْلِ

“Sebaik-baik lelaki adalah Abdullah sekiranya dia bangun solat malam.”

Lihatlah bagaimana Rasulullah membangunkan jiwa anak muda dengan solat malam. Kita bukan sahaja mahu membentuk anak muda yang cerdas akademik tetapi juga teguh aspek spritual mereka.

5. Al-Imam Abd Razzaq menukilkan kisah dari sahabat Nabi yang pernah menyertai perang Badar. Beliau menyebutkan dialog sahabat ini bersama dengan anaknya iaitu:

قال لابنه: أدركت الصلاة معنا؟ قال : نعم ، قال: أدركت التكبيرة الأولى؟ قال: لا. قال: لما فاتك منها خير من مائة ناقة كلها سود العين. والله أعلم.

“Apakah engkau sempat solat berjemaah bersama kami? Anak muda itu menjawab: Ya. Ayahnya bertanya lagi: Apakah engkau sempat mendapat Takbir yang Pertama? Anak mudanya menjawab: Tidak sempat. Ayahnya berkata: Sesungguhnya engkau telah terlepas satu kebaikan yang lebih baik dari serratus ekor unta!

Nah! Lihatlah bagaimana genarasi sahabat mendidik anak tentang solat berjemaah. Bukan sahaja solat berjemaah, malah sahabat ini menekankan akan pentingnya dapat bersama dengan Imam dalam takbir yang pertama.

6. Jika diperhatikan, dari dahulu lagi kelompok LIBERAL berusaha memburukkan pembangunan Islam yang diterapkan ke dalam jiwa anak muda kita. Kalau dahulu mereka mengkritik solat berjemaah di sekolah harian biasa, hari ini sekolah asrama mula menjadi sasaran.

7. Perkembangan pemikiran LIBERAL ini semakin membimbangkan. Mereka bukan sahaja mempertikaikan ibadah Islam, malah berusaha menjauhkan Islam dari anak-anak muda.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Universiti Sains Islam Malaysia

(Dipetik dari laman web beliau: https://drsanusiazmi.com/kenapa-burukkan-ibadah-islam/

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts