LOKMAN ADAM DIPECAT?

537
SHARES
3.2k
VIEWS

Datuk Lokman Noor Adam hari ini memaklumkan beliau mendapat makluman telah dipecat dari parti UMNO, namun sebarang kenyataan rasmi mengenai pemecatan tersebut masih belum dikeluarkan.

Lokman yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, bagaimanapun berkata beliau redha menerima berita.

Selain itu beliau juga akan merujuk pemecatan tersebut dengan peguamnya kerana berpendapat ia dilakukan secara tidak sah.

Bung Moktar kata tindakan terhadap Lokman akan diteliti terlebih dahulu

Salah seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, isu bentuk tindakan ke atas Lokman akan diteliti oleh Lembaga Disiplin parti.

Menurut beliau isu tersebut ada dibincangkan dan akan diserahkan kepada Lembaga Displin parti untuk membuat keputusan.

Pemecatan kurang bijaksana

Datuk Mohd Puad Zarkashi, yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, mempertikai keputusan memecat Lokman yang dibuat oleh Biro Politik dan bukannya Lembaga Disiplin UMNO.

Beliau mempertikai fungsi lembaga tersebut kerana Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mengadakan pertemuan dengan Tun Mahathir di luar pengetahuan Presiden dan Majlis Tertinggi, tidak pula dihadapkan ke Lembaga Disiplin.

Tindakan perlu adil dan tidak selektif

Menurut beliau, perbuatan tersebut selain melanggar disiplin parti, ia juga tidak menghormati institusi Presiden.

Beliau juga berpendapat, tindakan yang dibuat mestilah adil dan tidak selektif.

Tetap setia dengan UMNO

Setakat ini, sebarang kenyataan rasmi masih belum dikeluarkan namun menurut Lokman, beliau akan tetap setia bersama UMNO.

Bagaimanapun, beliau hanya akan memohon untuk memasuki UMNO semula sekiranya Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kembali menjadi Presiden UMNO.

Teruskan perjuangan melalui Lashkar Siber Malaysia

Lokman bertekad akan meneruskan usaha menentang Pakatan Harapan serta ‘tali barut musuh’ di dalam UMNO, melalui NGO beliau yang dinamakan sebagai Lashkar Siber Malaysia.

Sebelum ini, Lokman menjadi kontroversi apabila lantang mengkritik dan mendedahkan satu rakaman suara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, mengenai cadangan menyertai kerjasama Pakatan Nasional bersama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Negara kemudiannya menjadi kecoh dengan isu pembentukan kerajaan melalui ‘pintu belakang’ yang hangat diperkatakan, menenggelamkan sementara isu coronavirus yang sehingga kini telah mengorbankan lebih daripada 630 mangsa.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts