DIPECAT? IANYA LUMRAH

736
SHARES
2.4k
VIEWS

1. Jika benar Lokman Adam akan dipecat dari UMNO, ia bukan sesuatu yang luar biasa. Lokman sendiri rasanya telah menjangka tindakan begini apabila mendedahkan rakaman audio semasa mesyuarat tertutup UMNO kepada umum. Dari sisi kepatuhan berorganisasi, ia memang terkeluar dari adab manusia berakal yang perlu patuh kepada peraturan.

2. Mana-mana ketuapun akan bertindak sedemikian apabila orang bawahan menyerang mereka. Ia biasa di mana-mana organisasi. Mahathir (semasa dalam UMNO) telah berbuat demikian. Najib juga. Malahan PAS juga tidak terlepas dari lumrah ini. DAP lagi teruk, siapa yang tidak sebulu atau mendedahkan kepincangan Lim anak beranak kepada umum, akan dipecat lalu dimalukan. Komponen BN MCA dan MIC pun pernah mengalami situasi ini.

3. Yang agak luar biasa dari fenomena sebegini adalah PKR. Ahli atau mana-mana pemimpin yang menyerang Presiden PKR tidak akan dipecat. Apa yang Azmin, Zuraida dan beberapa orang lagi tidak kata kepada Anwar? Namun mereka masih kekal sebagai ahli PKR. Anwar membutakan mata dan memekakkan telinga di sebalik desakan ahli lain untuk memecat Azmin dan Zuraida. Namun jika ada ahli yang mendedahkan pengakuan terlibat dalam aksi rakaman visual sesuatu tragedi, akan dipecat. Ini sangat luar biasa.

4. Berbeza pendapat dalam demokrasi tidak menjadi kesalahan. Namun ia ada adab-adab yang perlu diikuti demi menjaga rahsia dan kesinambungan perjuangan. Lain padang lain belalang, lain orang lain pandangannya. Banyak saluran bagi menyuarakan pendapat kita, lebih-lebih lagi bila melibatkan rahsia parti. Yang penting adalah musyawarah dan berjiwa besar menerima pandangan pihak lain.

5. Lokman sendiri telah menyambut baik jika benar beliau akan dipecat. Lokman perlu pandang ke hadapan dan terus komited berjuang untuk Muafakat Nasional seperti kenyataannya. UMNO juga harus begitu. Perlu terus kekal sebagai sebuah organisasi mantap yang berjuang untuk rakyat. Muafakat Nasional perlu dikukuhkan seperti saranan Setiausaha Agung UMNO.

Jika perlu ‘upgrade‘ kepada Pakatan Nasional atau apa juga pakatan lain, bincang dan rundinglah demi manfaat rakyat. Jangan jadi seperti Pakatan Harapan, sering melaungkan kepentingan rakyat, akan tetapi hakikatnya hanya memperjuangkan kepentingan satu dua kelompok di dalam pakatan mereka. 

6. Buat Lokman, saya ucapkan selamat maju jaya di NGO baru selepas ini. Mungkin saudara akan lebih selesa berada di organisasi baharu yang kurang terikat dengan disiplin seperti dalam parti politik. Jika ada orang bawahan yang melawan nanti, bertindaklah seperti lumrah tabii. Siasat dan ambil tindakan yang sepatutnya.

Jangan diikut resmi Anwar memimpin PKR. Semuanya demi menjaga tembolok sendiri. Membiarkan ahli bebas membuka rahsia parti dan menyerang ketua secara terbuka adalah membiarkan parti sendiri lekeh di mata kawan dan lawan…..

Oleh Tongkat Warren

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts