Oleh Datuk Dr. Wee Ka Siong
Konco-konco Lim Guan Eng termasuk Wakil Rakyat DAP hari ini mengutuk saya kononnya tidak prihatin tentang kebajikan M40.
Kalau YB DAP hendak membodek Lim Guan Eng, saya memang faham tujuannya demi survival politik dan mempertahankan kedudukannya sebagai YB.
Tetapi, kalau hendak bodek Lim Guan Eng dengan membidas saya, sila kemukakan fakta bukan sekadar buat kenyataan retorik saja. Saya dah banyak kali berhujah di Dewan Rakyat dan juga menulis di dalam FB tentang skandal dan kecacatan Skim mySalam yang sehingga hari ini masih belum dijawab oleh Lim Guan Eng dan Kerajaan PH.
Rakyat mengeluh sukar buat tuntutan, rujuk;
https://www.facebook.com/wksbmenglish/videos/709089902893565/
Kata tidak perlu bayar untuk dapatkan laporan perubatan, hakikat yang berlaku sebaliknya. Rujuk;
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1414184842082349&id=1002345083266329
Persoalan saya di Dewan Rakyat yang tidak di jawab, rujuk;
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1426502707517229&id=1002345083266329
Hari ini, saya cuma hendak merumuskan Skim mySalam adalah satu “projek gagal” dalam memberi perlindungan insuran perubatan kepada golongan B40.
Lihat saja infografik tentang mySalam yang dilampirkan ini, ia menunjukkan segala-gala ketidaksempurnaan dan kecacatan mySalam.
Saya juga mengajak semua merujuk kepada laman sesewang mySalam dan baca tentang 45 penyakit kritikal.
https://www.mysalam.com.my/b40/info/?url=ci_BM
Kalau golongan B40 patah tangan kiri, pesakit ini masih tidak dapat menuntut bayaran RM8000, kecuali pesakit sendiri patahkan sebelah tangan atau kaki lagi, barulah layak dapat RM8000. Orang memang gelak!
Skim apa ini? Siapa yang untung? Kenapa Menteri Kewangan mengikut telunjuk syarikat insuran Great Eastern dalam menuntut pampasan?
Tidak bolehkah merekabentuk skim bayaran khas demi manfaat golongan B40? Ini bukan soal menentukan definasi kecacatan kekal (permanent disability) dalam polisi insuran.
Kalau tujuan mySalam untuk membantu golongan B40, bukankah mereka yang patah sebelah kaki atau tangan juga layak diberi bantuan RM8000?
Kalau patah sebelah tangan atau kaki, beri jumlah yang kurang daripada pesakit yang patah kedua-dua belah tangan atau kaki, apa salahnya?
Lagipun, daripada data yang diumumkan oleh Lim Guan Eng, hanya RM13.7 juta atau 3.4 peratus daripada RM400 juta yang diperuntukkan oleh mySalam dimanfaatkan kepada pesakit B40 pada tahun 2019.