JUMLAH KEMATIAN AKIBAT COVID-19 MELEBIHI ANGKA 2000

121
SHARES
391
VIEWS

Jumlah kematian akibat epidemik novel koronavirus atau COVID-19 di China sudah melebihi angka 2,000, selepas yang terkini melibatkan 136 kematian yang direkodkan.

Setakat ini jumlah kes yang disahkan di Tanah Besar China telah mencapai 74,185 orang, kebanyakannya berada di wilayah tengah Hubei, di mana wabak ini dikatakan mula merebak sejak Disember lepas. 

Satu kajian yang dikeluarkan oleh pegawai-pegawai Republik Rakyat China  mengatakan, pesakit-pesakit yang dikenalpasti, kebanyakan daripada mereka dikesan hanya melibatkan kes-kes yang ringan, dan mereka yakin perkara tersebut menunjukkan bahawa wabak itu semakin terkawal.

Di sebalik kenyataan Presiden China, Xi Jinping, yang dipetik berkata bahawa langkah kerajaannya telah mencapai “kemajuan yang ketara”, Pertubuhan Kesihatan Sedunia pula memberi amaran bahawa terlalu awal untuk mengetahui sama ada penurunan itu akan berlaku secara berterusan.

Masyarakat dunia diminta berhati-hati dan mengambil langkah pencegahan berterusan agar wabak ini tidak  jauh merebak.

Antara tindakan afirmitif dan tegas adalah seperti kerajaan Singapura yang telah mula tidak membenarkan rakyatnya dan juga pemegang pas jangka panjang yang baru tiba di lapangan terbang Singapura dari mana-mana daerah atau provinsi di China, agar tidak keluar daripada rumah masing-masing.

Larangan “JANGAN KELUAR DARIPADA RUMAH” selama 14 hari ini telah dikuatkuasakan baru-baru ini dan mereka yang terlibat langsung tidak dibenarkan untuk keluar daripada rumah walaupun untuk membeli makanan ataupun keperluan harian.

Justeru tindakan pencegahan walaupun dilihat berlebihan seperti negara Singapura wajar dicontohi oleh semua negara agar tidak ada ruang untuk wabak ini merebak dengan meluas, apabila tidak mengambil berat dan meremehkan tindakan pencegahannya. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts