AG DAN KPN DIJANGKITI VIRUS ‘CornerPH’, DI MANA JANJI MENEGAKKAN KEADILAN?

240
SHARES
383
VIEWS

1. Paku lebih berminat mengulas isu Peguam Negara menghentikan prosiding 12 orang rakyat Malaysia yang didakwa menyokong pertubuhan pengganas LTTE. Manakala isu yang dikatakan ‘panas’ semalam berkaitan mesyuarat Majlis Presiden PH sebenarnya tidaklah sepanas mana.

Ia hanya mengesahkan kebodohan ahli-ahli Majlis Presiden PH kerana tetap kena ‘game‘ dengan Mahathir biarpun Mahathir hanya minoriti dari segi bilangan kerusi di dalam PH.

2. Isu pemberhentian prosiding penyokong LTTE yang membabitkan Peguam Negara adalah isu keselamatan negara. Di saat negara-negara lain di dunia amat berhati-hati dengan LTTE, Malaysia dilihat mengambil langkah songsang membebaskan pesalah-pesalah tersebut.

Hujah Peguam Negara hanyalah hujah dangkal seperti anak sekolah yang mahu belajar undang-undang. Patutlah Peguam Negara Tommy Thomas lantikan PH ini dilihat gagal menyerlah apabila berlawan di dalam mahkamah.

3. Dalam kes LTTE ini, belum berlawan di mahkamah sudah dihentikan segala prosidingnya. Nampak sangat keputusan Peguam Negara Tommy Thomas ni adalah keputusan politik. Lagi pula, jika membiarkan perbicaraan bermula, Peguam Negara takut kena ‘paku’ pula nanti. Maklum saja, anak beranak Lim sebagai abang besar sentiasa memerhati.

Jika perbicaraan bermula, maka akan terbongkar segalanya tentang LTTE. Rangkaiannya, pembiayanya, dan yang lebih penting, siapa di Malaysia ini di belakang pertubuhan pengganas LTTE. Lebih teruk lagi, akan terbongkar mereka yang berjawatan ‘besar’ di dalam kerajaan PH mendokong LTTE.

4. Satu lagi, terbukti Peguam Negara Tommy Thomas ini dayus, hanya bertindak seperti lembu dicucuk hidung. Lain hulu lain parang, lain dahulu, lain sekarang. Dahulu Tommy berjuang untuk keadilan kononnya, tetapi kini penuh dengan kesialan. Kaki dan tangannya diikat ketat oleh PH.

Bercakap tentang keadilan? Keadilan bagi Tommy hanya retorik, seumpama di kepala lutut, bukan di kepala otak. Siti Aishah pelajar UM telah didapati bersalah kerana menyimpan gambar dan dokumen berkaitan pengganas Islamic State (IS). Manakala penyokong pengganas LTTE ini akan dibebaskan sebelum perbicaraan kerana prosiding dihentikan.

5. Tommy juga telah ‘membakul-sampah’ kan PDRM. KPN Hamid Bador telah dipegang ‘anu’nya dalam banyak isu termasuk abu mayat Chin Peng dan pengganas LTTE. Percayalah, imej Jabatan Peguam Negara dan PDRM kini berada di tahap paling rendah.

Namun apakan daya, Tommy Thomas dan KPN Hamid Bador sudah terkena virus ‘CornerPH’, melalui sebaran air kencing barangkali. Janji dibuat bukan untuk ditepati. Janji juga bukanlah satu kitab suci.

Tommy semasa mula-mula menjadi Peguam Negara berjanji akan menjaga keadilan dan integriti. Begitu juga KPN Hamid Bador. Rupanya airmata ketika dipecat Najib dahulu hanyalah airmata ‘buaya’. Untuk rekod, buaya makan bangkai bagi meneruskan kelangsungan hidup.

6. Situasi ini amatlah bahaya. Tommy dan KPN Hamid Bador seolah-olah memberi baja kepada kegiatan pengganas agar tumbuh lebih cepat.

Akhirnya yang terkesan adalah rakyat. Rakyat akan meneruskan kehidupan dengan penuh waspada serta takut kerana kegiatan pengganas tidak lagi menjadi keutamaan agensi utama perundangan dan keselamatan negara.

Moga dijauhkan keadaan seperti ini…

Paku: masih terbayang-bayang langkah tari Tommy Thomas, bebas dan melayang di awang-awangan bak burung mabuk yang kegersangan….

Oleh Paku Warren

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts