Peletakan jawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad menyebabkan seluruh kabinet gugur.
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ketika ini mempunyai kuasa yang amat besar untuk menentukan arah tuju negara.
YDP Agong memanggil Anwar untuk bertanya sama ada beliau mempunyai sokongan 112 Ahli Parlimen, untuk dilantik menjadi Perdana Menteri.
Sekiranya tidak ada.
YDP Agong juga akan bertanya Soalan yang sama kepada Dr. Mahathir pada pukul 5 petang ini.
Baginda berlaku adil dalam melantik Perdana Menteri dan menentukan hala tuju negara.
Sekiranya ada lebih daripada 112 Ahli Parlimen menyokong Dr. Mahathir, maka YDP Agong boleh menawarkan kepada Dr. Mahathir kembali sebagai Perdana Menteri dan membentuk Kabinet baru.
Atau, YDP Agong boleh mengisytiharkan pembubaran Dewan Rakyat mengikut prerogatif yang dimiliki oleh Baginda.
CARA TERBAIK MASUK IKUT PINTU DEPAN:
Ini cara terbaik.
Masuk ikut pintu depan.
Ini juga langkah yang terbaik dari sudut Perlembagaan negara.
Bagi mengelakkan sebarang kes di mahkamah kelak.
Dr. Mahathir sudah 94 tahun, sudah tidak larat turun naik mahkamah.
Salam.
Datuk Saiful Bahar Arshad
24 Februari 2020