SEMOGA HARI INI SELESAI, JANGAN LAMBAT SANGAT

455
SHARES
1.2k
VIEWS

Oleh Mohd Puad Zarkashi 

25 Februari 2020

Pagi ini semua Ahli-ahli Parlimen UMNO dan PAS dijangka menemui DYMM Yang DiPertuan Agong. Semoga kita dapat tahu kumpulan mana yang mendapat sokongan majoriti.

Rakyat gelisah. Tidak perlu ikut pandangan Tommy Thomas supaya isu ini dibawa kepada Sidang Parlimen pada 10 Mac akan datang untuk diputuskan. Negara perlu move on.

YDP Agong boleh guna budi bicara selaras Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. Jangan banyak drama lagi.

Bila Tun Mahathir umum letak jawatan Perdana Menteri dan Pengerusi Bersatu, ia mengingatkan kita peristiwa di Perhimpunan Agung UMNO pada 22 Jun 2002.

Tun Mahathir secara tiba tiba umum dia letak jawatan sebagai Presiden UMNO.

Perwakilan UMNO terkejut. Anggota Ahli Parlimen bangun mengerumuni Tun di rostrum. Rafidah Aziz bertanya “Why? Why?” Jawab Tun M, “Saya dah lama buat keputusan…dah lama dah”.

Tetapi sejam selepas dipujuk oleh Pak Lah, Tun M setuju tarik balik keputusan tersebut. Apakah drama ini akan berulang lagi. Janganlah.

Tetapi Anwar merayu agar Tun kekal jadi Perdana Menteri. Guan Eng juga merayu pada Tun Mahathir , “Please come back”. Begitu juga Mat Sabu.

Sebab itu apabila Tommy Thomas cadang tunggu sampai 10 Mac agar Parlimen yang menentukannya, ia seperti mahu melengah-lengahkan pembentukan kerajaan baru.

Dibimbangi gejala memancing dan membeli Ahli Parlimen seperti mana kes pembentukan kerajaan 16 September 2008 akan berulang.

Di PRU ke-14 2018, kita marah apabila majlis angkat sumpah Mahathir sejurus Kerajaan BN tumbang lambat dilaksanakan.

Kenapa sekarangpun lambat? Sedangkan Kerajaan PH sudahpun tumbang apabila PPBM dan 11 Ahli-ahli Parlimen PKR keluar daripada Pakatan Harapan. 

Apakah wujud gerakan supaya DAP dan PKR mempunyai cukup masa untuk menggagalkan penubuhan Kerajaan baru? 

Sebab itu Tommy Thomas digunakan. DAP mahu Mahathir kembali menjadi PM supaya kuasa, jawatan dan tengkuk mereka terselamat. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts