KENYATAAN MEDIA SERI PADUKA BAGINDA YDP AGONG

258
SHARES
831
VIEWS

KENYATAAN MEDIA 

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah hari ini menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Parlimen dan Ketua Setiausaha Negara serta semua pihak yang terlibat dalam proses temu bual di antara Seri Paduka Baginda dan Ahli-ahli Parlimen yang telah berlangsung selama dua hari bermula hari Selasa 25 Februari 2020 di Istana Negara. 

Berdasarkan proses temu bual ini, Seri Paduka Baginda masih belum memperolehi keyakinan mengenai seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baginda mendapat kepercayaan majoriti sokongan Ahli-ahli Dewan Rakyat bagi membentuk kerajaan baharu. 

Seri Paduka Baginda juga turut berkenan dengan keputusan yang telah diambil oleh YB Yang Di-Pertua Dewan Rakyat untuk tidak memanggil Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada Isnin 2 Mac 2020. Seri Paduka Baginda seterusnya akan terus berusaha mencari jalan penyelesaian selaras dengan Perlembagaan Persekutuan demi kesejahteraan rakyat jelata dan negara yang kita cintai bersama. 

Pihak Istana Negara akan berhubung dengan Ketua-ketua pimpinan parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat, bagi memberi peluang kepada mereka untuk mengemukakan pencalonan Ahli Dewan Rakyat sebagai bakal Perdana Menteri.

Datuk Ahmad Fadil Bin Shamsudin

Datuk Pengelola Bijaya Diraja

Istana Negara

28 Februari 2020

 

 

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts