YDP AGONG AKAN TENTUKAN SIAPA PERDANA MENTERI DAN BUKANNYA PARLIMEN

908
SHARES
3.5k
VIEWS

Melalui kenyataan media Istana Negara yang disampaikan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Dato’ Ahmad Fadil bin Hj Shamsudin hari ini, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bertitah mengenai proses pelantikan Perdana Menteri.

Dalam kenyataan media tersebut, Seri Paduka Baginda turut berkenan dengan YB Yang Di-Pertua Dewan Rakyat kerana tidak memanggil Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang dijadualkan pada 2 Mac depan.

Kenyataan Seri Paduka Baginda tersebut menzahirkan kuasa dan hak prerogatif yang ada pada Seri Paduka Baginda secara mutlak bagi menentukan siapakah Perdana Menteri kelapan bagi menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad yang telahpun meletakkan jawatan secara mengejut sebelum ini.

Tindakan Tun Mahathir bukan sahaja tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan malah cuba mencemar Institusi Diraja yang mempunyai kuasa penuh melalui YDP Agong bagi melaksanakan hak-haknya mengikut Perlembagaan.

Swbagai rekod sebelum ini Tun Mahathir ada menyarankan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bagi menentukan siapakah calon Perdana Menteri yang akan dipilih oleh Ahli-ahli Parlimen yang dilihat oleh ramai pihak sebagai ‘mendahului’ atau membelakangkan Seri Paduka Baginda YDP Agong.

Ini kerana selaku Perdana Menteri Interim, beliau tidak lagi boleh menasihatkan Seri Paduka Baginda siapakah Perdana Menteri seterusnya malah tidak mempunyai ‘kuasa sebenar’ selaku Perdana Menteri. 

Justeru rakyat jelata menjunjung kasih  serta berterima kasih atas keprihatinan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong bagi menyelesaikan kemelut peralihan kuasa yang berpanjangan ini.

Daulat Tuanku. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts