CERAMAH MAT SABU DI KLANG, SELANGOR

1k
SHARES
3.3k
VIEWS

Mat Sabu berceramah dengan Saifuddin dan Anthony Loke di Klang malam 7 Mac yang lalu.

Mat Sabu kata, sekembalinya dari mesyuarat di Hanoi tiba-tiba Kerajaan Pakatan Harapan hilang dan dijatuhkan oleh pengkhianat, Muhyiddin Yassin.

Mat Sabu kini dalam Siri Jelajah Negara untuk mendapatkan semula sokongan rakyat terhadap Pakatan Harapan.

Mat Sabu juga kata, mana mungkin parti yang kalah, kini jadi kerajaan.

Manakala, parti yang menang, jadi pembangkang.

Hanya di Malaysia sahaja perkara sedemikian berlaku.

KERAJAAN PAKATAN HARAPAN KERAJAAN YANG GAGAL:

Tidakkah Mat Sabu sedar, Kerajaan PH adalah satu kerajaan yang gagal.

A failed government.

Perkara-perkara yang dilakukan oleh kerajaan yang gagal:

1. Minggu pertama jadi kerajaan, PH buang 1,700 orang penjawat awam di bulan Ramadan.

Mereka kosongkan rumah di Putrajaya. Kemas barang-barang, bawa anak dan isteri balik kampung.

Berhari Raya di kampung tanpa sebarang kerja.

Selepas Raya dapat kerja di Starbuck dan bawa Grab.

Kemudian bila Kerajaan PH jadi satu kerajaan yang gagal, PH salahkan penjawat awam.

2. Kerajaan PH telah menabur janji-janji yang manis yang tidak mungkin boleh ditunaikan.

Rakyat jadi muak, mual dan meluat kepada Kerajaan Pakatan Harapan.

3. Menteri-Menteri PH yang gagal, tiada pengalaman. Menipu kelulusan akademik. Cakap merapu, u-turn memanjang.

Rakyat jadi kecewa, hampa dan pening kepala melihat gelagat Menteri PH.

4. Kerajaan PH dan Menteri Agama yang terlalu liberal.

Rakyat merasakan kepentingan agama Islam dan orang Melayu sudah tidak dijaga dengan baik.

5. Kerajaan PH. Satu kerajaan yang dikuasai oleh parti DAP.

Apabila Thommy Thomas dilantik sebagai Peguam Negara oleh YDP Agong dan Kerajaan PH atas cadangan parti DAP dan Lim Guan Eng.

Tindak-tanduk AG Thommy Thomas jelas memperlihatkan bahawa Kerajaan PH adalah satu kerajaan di bawah kawalan DAP.

SLOGAN MAT SABU:

Mat Sabu sudah mula menggunakan slogan:

KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL INI ADALAH KERAJAAN PEROMPAK.

Hakikat sebenarnya:

Mat Sabu dan Kerajaan Pakatan Harapan yang merupakan perompak:

MEROMPAK KEBAHAGIAN RAKYAT SELAMA INI.

22 bulan rakyat menderita.

Salam.

DSBA

9 Mac 2020

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts