“I STAY AT WORK FOR YOU, YOU STAY AT HOME FOR US”

192
SHARES
618
VIEWS

Oleh Nicole Wong

Terima kasih wira dan wiranita kita!

Rakyat diminta supaya lebih bertanggungjawab dan tidak keluar rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Rakyat perlu membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan memainkan peranan masing-masing bagi mengelak negara terjerumus ke dalam gelombang ketiga penularan COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam Facebook-nya berkata:

Kita mempunyai peluang yang tipis untuk memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19. Bantulah KKM dengan memainkan peranan anda, kerana setiap individu bertanggungjawab untuk mengambil segala langkah, berjaga-jaga demi keselamatan diri dan keluarga.”

Kegagalan bukan pilihan di sini. Jika tidak, kita mungkin menghadapi gelombang ketiga virus ini, yang seterusnya akan menjadi lebih besar seperti tsunami, lebih-lebih lagi, jika kita mempunyai sikap ‘tidak kisah’.”

Kita juga berterima kasih kepada doktor, jururawat, kakitangan sokongan dan petugas lain yang ‘berperang’ dengan 1001 cabaran dan dugaan demi menyelamatkan nyawa.

Terima kasih wira dan wiranita kita!

Dipetik dari laman Facebook beliau di pautan;

https://m.facebook.com/nicole.wong.161214/photos/a.1697869903762507/2568322863383869/?type=3&source=57

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts