APA SUDAH JADI DENGAN SSM?

461
SHARES
2.7k
VIEWS

Pelbagai pihak ketika ini mengecam dan mempertikai tindakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menutup sementara kaunter dan perkhidmatan atas talian (online) mereka atas alasan Perintah Kawalan Pergerakan.

Penutupan sementara operasi ini akan melibatkan perkhidmatan kaunter, atas talian, e-aduan, kiosk dan perkhidmatan pusat panggilan SSM bermula jam 5 petang 17 Mac 2020 hingga perintah kawalan berakhir“.

Rujuk; https://www.ssm.com.my/Lists/Press%20Release/DispForm.aspx?ID=172&Source=https%3A%2F%2Fwww%2Essm%2Ecom%2Emy%2FPages%2FHome%2Easpx&ContentTypeId=0x010098952881AC48D34C9D9967E0232CDB0B

Keputusan ini tentunya menyusahkan banyak pihak dan dikhuatiri akan menimbulkan pelbagai masalah termasuk di pihak perbankan dan agensi penguatkuasaan undang-undang seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia (BNM) serta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang memerlukan maklumat daripada SSM sepanjang masa. 

Mereka turut menuntut campur tangan Menteri yang bertanggungjawab iaitu Datuk Alexander Nanta Linggi bagi menangani isu ini. 

Di saat negara mengalami situasi genting akibat pandemik Covid-19, perkhidmatan dalam talian seperti ini sepatutnya menjadi pilihan utama dan digalakkan sepenuhnya oleh kerajaan. 

Ini akan banyak membantu  rakyat yang amat memerlukan perkhidmatan online seperti ini akibat dari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan tersebut. 

Sebaliknya SSM mengambil langkah ke belakang dengan menutup perkhidmatan online mereka, yang patut dijelaskan segera oleh Ketua Pegawai Eksekutif SSM. 

Sebagai rekod, Azman dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif SSM oleh kerajaan Pakatan Harapan bagi menggantikan Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner yang bersara wajib pada 28 September lepas. 

Justeru, kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar menilai semula setiap lantikan dalam pelbagai agensi kerajaan, kementerian dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuk lantikan politik, kerana khuatir ia akan menjadi sabotaj dalaman.

Jangan  pandemik Covid-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan dijadikan sebagai alasan ataupun kerana takut dikecam oleh Pakatan Harapan.

Apa yang lebih penting dan menjadi keutamaan ialah ekonomi negara yang telah dirosakkan oleh mereka dapat dipulihkan kembali dan pelaksanaan ini tidak boleh dilakukan selagi ada anasir dalaman yang akan mengganggunya. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts