KISAH EZAM ‘KATAK’ YANG KENA KURUNG DALAM KOTAK

1.5k
SHARES
4.8k
VIEWS

(SURAT PEMBACA) Ezam menguak dan berdengkang lagi. Kali ini marah betul dia dengan Najib. Bukan apa, Najib hanya jawab dan ulas sikit saranan ketua ‘terkini’ kepada Ezam iaitu Anwar Ibrahim. Anwar macam biasala, nak cari publisiti tanpa mengira masa dan tempat.

Rujuk;

https://www.facebook.com/100001038651606/posts/3211992138845376/

Nak bahas cadangan PM kat Parlimen. Satu dunia sedang kempen nak elak berhimpun di tempat keramaian, Anwar pulak nak berhimpun. Macam yang saya cakap tadi, Anwar saja nak publisiti. Asal boleh cakap, cakap je. Biarpun nampak otak tu letak kat kepala lutut.

Sama juga macam mamat kotak Ezam ni. Tapi air liur mamat Ezam ni ‘mahal’ sikit. Kena pam modal baru dia bercakap. Macam ‘puppet‘ jalanan. Tapi puppet di jalanan ni mencari rezeki halal atas kebolehan mereka. Tidak pernah bertukar tuan. Sendiri jadi bos.

Tapi Ezam kotak ni lain. Dia sudah tukar banyak bos. Dia sering berusaha ke arah itu. Sapa naik, ke situlah dia pergi. Bila perangai dia makin terserlah, ramai ‘bos-bos’ tak nak pakai dia. Bos-bos tahu, mamat kotak jenis gigit tangan yang bagi dia makan.

Bila tak banyak pilihan, kembalilah dia kepada bekas bakal PM ke-8, bekas bosnya yang dia pernah kata ‘kaki b****t’ suatu masa dahulu. Soalnya bila mamat kotak ni kembali menjilat bekas bosnya itu, relakah dia bertuankan seorang yang macam pernah dia kata dahulu?

Ini dia sendiri yang kata tau. Bukan fitnah, bukan berita palsu. Banyak klip video yang tunjuk mamat ni sedap mulut ‘menyental’ perangai bosnya yang terkini. Tak jumpa pulak kenyataan mamat kotak ni tarik balik tuduhan terhadap bosnya yang terkini.

Kita nak berpolitik, berpolitiklah. Tapi kena ada maruah. Maruah kita pada tindakan kita. Kalau dah rekod melompat mencari bos baru dah melebihi Ibrahim Ali, mamat kotak yang jadi katak ni elok kita salaikan saja. Maruah konon. Pirahhh!!

Kurang-kurang Ibrahim Ali bila tak dapat cari ‘bos’ baru, dia sendiri bertukar jadi bos. Dapatlah juga jadi Presiden NGO PERKASA dan parti PUTRA. Ezam? Melompat sana-sini. Akhirnya terkangkang mendedahkan kemaluan sendiri. Buat parti sendiri, kemudian keluar parti sendiri.

Lagi teruk menjadi katak jadian dari Ibrahim Ali.

Bila mamat ni masuk balik ke dalam ‘kotak’ Anwar, dia kenalah buat bunyi bising. Kita kena faham, ‘kotak’ yang Anwar sediakan untuk mamat ni adalah kotak bertutup. Ia langkah keselamatan agar mamat ni tak melompat keluar lagi. Sekurang-kurangnya untuk masa terdekat ni.

Makanya, ‘katak’ ini kenalah berdengkang atau menguak (bunyi katak) dari dalam kotak bertutup. ‘Dia’ tak tau panas ke, terik ke, mendung ke. Yang penting, berbunyi je lah. Tu yang ‘mamat katak dalam kotak’ ni asyik berbunyi sekarang, walaupun matahari di luar sana memancar dengan terik sekali….

Yang faham, fahamlah, yang idok, buat-buat faham je lah….

Oleh Paku Warren

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts