SOKONGAN TERHADAP TINDAKAN ANGGOTA PDRM YANG MEROTAN INDIVIDU INGKAR PKP

196
SHARES
434
VIEWS

KENYATAAN MEDIA

5 April 2020

1. Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) merupakan sebuah gabungan Badan Bukan Kerajaan yang didokongi oleh NGO-NGO Islam dari pelbagai kepakaran dan latar belakang.

2. Baru-baru ini, telah dilaporkan bahawa seorang anggota PDRM yang merotan enam remaja lelaki kerana ingkar PKP di Kunak, Kota Kinabalu akan diambil tindakan.

3. PEMBELA melahirkan kekesalan kami kepada pihak berwajib yang mahu mengambil tindakan terhadap anggota PDRM tersebut kerana kami yakin bahawa anggota PDRM tersebut telah bertindak dengan tepat dan mengikut lunas undang-undang.

4. Undang-undang membenarkan tindakan kekerasan diambil terhadap mereka yang ingkar dengan kekerasan yang munasabah. Tindakan polis berkenaan tidak mendatangkan kecederaan kepada pelaku ingkar tersebut dan masih di dalam lingkungan kebenaran undang-undang. 

5. Keadaan getir di mana penularan wabak COVID-19 semakin membimbangkan dan pihak kerajaanpun sudah memberikan amaran yang keras berulang-ulang kali mewajarkan lagi tindakan tegas sebegini.

6. Tindakan anggota polis yang merotan pesalah PKP tersebut juga disokong oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang mengulas perkara tersebut seperti yang dilaporkan di akhbar baru-baru ini.

7. Pihak PEMBELA berharap agar pihak PDRM dan Kementerian Dalam Negeri khususnya untuk menilai semula keputusan untuk mengambil tindakan terhadap anggota polis tersebut.

Hj. Aminuddin Yahaya

Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

5 April 2020

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts