BANTAHAN TERHADAP KEBENARAN SYARIKAT ARAK BEROPERASI SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

133
SHARES
430
VIEWS

KENYATAAN MEDIA PEMBELA

6 April 2020

1. Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) merupakan gabungan NGO-NGO Islam utama yang berdaftar dan dari pelbagai latar belakang.

2. Berdasarkan kepada tulisan MalaysiaKini bertarikh 5 April 2020 bertajuk “KPDNHEP benarkan syarikat arak beroperasi semasa PKP“, kami inginkan pengesahan perkara ini dan jika ianya benar inginkan penjelasan yang berikut:

i. Apakah arak itu memenuhi kriteria keperluan ‘essential‘ dan kritikal? Pada masa yang sama ribuan lagi perniagaan halal diminta tutup dalam masa PKP ini.

ii. Mengapakah perniagaan ini diberi pengecualian khas dalam masa PKP?

iii. Adakah kilang ini mempunyai kaitan dengan orang berkentingan sehingga mendapat kelulusan dalam masa seminggu?

3. PEMBELA ingin mengingatkan bahwa arak jelas memudaratkan dan terbukti salah satu punca berlaku masalah sosial lebih-lebih lagi dalam keadaan getir penularan wabak Covid-19.

4. Pihak PEMBELA membantah sekeras-kerasnya terhadap kebenaran yang diberi jika ia betul dan berharap agar pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menarik balik kebenaran tersebut.

5. KPDNHEP seharusnya lebih peka dengan sebarang tindakan yang tidak memberi manfaat kepada rakyat amnya serta mengambilkira sensitiviti umat Islam di negara ini.

Sekian terima kasih.

Hj. Aminuddin Yahaya

Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts