Oleh Dr. Novandri Hasan Basri
Apabila membaca kenyataan media Setiausaha DAP-PH ini, kita musykil, berapa lama mereka tidak tengok cermin dan lihat diri mereka sendiri?
Puak DAP-PH ini kata kerajaan PN perlu menumpukan segala daya usaha dalam memerangi wabak ini bukannya bermain agenda politik.
Tetapi merekalah yang menumpukan segala daya usaha untuk memperkecil-kecilkan, mencari kesalahan dan membangkang usaha kerajaan PN memerangi Covid-19.
Puak DAP-PH ini jugalah yang telah memansuhkan bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) untuk doktor, jururawat dan lain-lain. Malah, JPA telahpun mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya. Tindakan DAP-PH ini adalah satu penghinaan yang sangat melampau.
Hanya selepas mendapat tentangan daripada rakyat, barulah puak DAP-PH ini buat ‘u-turn‘, bukan batal tetapi hanya tangguh saja!
Dan sekarang, DAP-PH bercakap tentang “memperkasa dan memberi penghormatan kepada doktor, jururawat dan perkhidmatan awam”?
Di manakah malu mereka?
DAP-PH juga “mengharapkan tadbir urus bagi GLC akan terus bebas daripada cengkaman parti politik”.
Adakah DAP-PH fikir rakyat sangat bodoh dan tidak tahu apa yang DAP-PH lakukan sebelum ini iaitu memecat ramai penjawat awam dan meletakkan seramai orang-orang berjawatan politik di dalam GLC?
DAP-PH tidak pula pernah terfikir apabila mereka memecat ramai pegawai-pegawai kerajaan dan GLC sebelum ini. Mereka tidak pedulipun.
Dan benar, pegawai-pegawai lantikan politik DAP-PH ini memang patut dipecat dengan kadar segera. Buat perhabis beras sahaja dan tidak ada kena mengena dengan membendung wabak Covid-19.
Dipetik dari laman web beliau di pautan;
https://novandri.blogspot.com/2020/04/memalikan-dap-ph-berlakon-kononnya.html?m=1