PRIHATIN TAMBAHAN: TERIMA KASIH PERDANA MENTERI, KUNCI KEJAYAAN KINI TERLETAK PADA IMPLEMENTASI

126
SHARES
314
VIEWS

1. Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) ingin mengucapkan rasa syukur kepada Allah, dan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri yang sudi mendengar keluhan PKS melalui pelbagai NGO Ekonomi Bumiputera. Tiada yang dapat nafikan, kerajaan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil berat masalah rakyat. Perdana Menteri benar-benar prihatin dan cukup ‘responsive’ atas segala yang diluahkan oleh rakyat.

2. Subsidi gaji benar-benar akan membantu PKS yang buntu bagaimana untuk bertahan atau bermula berniaga selepas 14 April, setelah lebih sebulan tidak berniaga dan beroperasi.

3. MTEM berharap pemilik premis perniagaan swasta akan terima nasihat dan mengikut saranan kerajaan sebagai rakyat Malaysia yang ingin bersama membantu kerajaan berperang dengan wabak ini.  Jangan menangguk di air yang keruh. Negara memerlukan agar semua pihak berkorban demi kejayaan bersama.

4. Antara yang terbaik adalah pemberian geran sebanyak RM3000 pada peniaga-peniaga kecil. Bantuan ini akan membantu ramai peniaga kecil yang hilang punca pendapatan selama sebulan. Tindakan mengurangkan faedah pinjaman mikro juga satu tindakan yang tepat, selari dengan semangat prihatin kepada golongan yang terkesan.

5. Namun kunci kejayaan pakej ransangan ketiga ini adalah pada implementasi dan kelulusan pihak berkuasa untuk mengawal selia bagaimana bantuan ini dapat disampaikan ke bawah. Selain itu ada beberapa golongan yang mungkin akan terlepas daripada menerima bantuan.

Berikut adalah beberapa perkara yang menjadi kerisauan kami:

a. Jumlah peniaga yang tidak layak kerana dokumentasi yang tidak lengkap atau tidak mencarum PERKESO serta tidak mendaftar di SSM agak ramai.

b. Dapatan kami, setiap bank mempunyai kriteria yang berbeza untuk meluluskan pinjaman seperti tertakluk pada jenis perniagaan yang dijalankan dan berapa lama ia berjalan.

c. Dapatan kami juga, ada bank yang masih ingin syarat – syarat yang menilai kemampuan membayar semula yang menjadi faktor lulus atau gagalnya sesuatu permohonan. Seperti CCRIS, perlunya audited accounts

d. Kecekapan serta kecepatan bank dan agensi berkaitan memproses dan melepas dana juga akan menjadi faktor. Dapatan kami, banyak bank hanya akan dahulukan syarikat dikategorikan sebagai yang baik untuk bank. The last in line will get the whatever crumbs, left over. How much and how fast can they give the loan will be critical.

Sekiranya perkara ini tidak diberi perhatian, MTEM melahirkan kerisauan, hanya golongan tertentu sahaja yang akan dapat bantuan ini dan kebanyakan daripada PKS yang kecil akan dianaktirikan oleh sistem yang mengejar keuntungan bukan dengan semangat memberi bantuan. Sebilangan besar daripada golongan yang terkesan kemungkinan ini terdiri daripada peniaga Bumiputera di semua peringkat dan juga usahawan/peniaga yang baru bermula (kurang 2 tahun) tanpa mengira bangsa. Ini akan menyukarkan lagi matlamat Agenda Kemakmuran Bersama yang kerajaan inginkan selepas ini.

Harapan kita pada keberkesanan pelaksanaannya, supaya yang dikendong tidak tercicir dan yang dikejar tidak terlepas. Ada kemungkinan banyak agensi kerajaan yang berkaitan perlu digerakkan untuk membantu menjayakan Ransangan Ekonomi Prihatin. Apapun MTEM akan terus beri maklum balas pada kerajaan untuk menjayakan apa yang kerajaan harapkan, untuk menang dalam perang akibat wabak Covid-19.

Ahmad Yazid Othman

Ketua Pegawai Eksekutif

Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM)

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts