REALITI PEPERANGAN COVID-19 DI MALAYSIA

139
SHARES
449
VIEWS

1. Hari ini 10 April, jumlah kes Covid 19 di Malaysia berjumlah 4,346 kes.

2. Kes sembuh sebanyak 1,830 kes. Masih dirawat di hospital, 2,446 kes.

3. Jumlah 1,830 kes sembuh bermakna 42.11 peratus pesakit Covid-19 telah sembuh dan pulang ke rumah masing-masing.

4. Hanya 69 kes di ICU. Hanya 40 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. Jumlah kematian hanya 70 orang setakat ini.

5. Walaupun kes baru hari ini berjumlah 118 kes. Masih agak tinggi.

Ini adalah kerana KKM melakukan lebih banyak saringan terhadap orang yang di bawah pengawasan suspek pesakit Covid-19.

6. Tindakan pantas Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong, Menteri Pengangkutan dengan kerjasama MASKargo telah berjaya membawa pulang 94 alat bantuan pernafasan (ventilator), yang ditempah oleh KKM dari Shanghai, China pada 5 April 2020.

7. Negara sudah mempunyai beberapa alat pernafasan, tetapi dengan pertambahan alat ini, lebih banyak nyawa telah dapat diselamatkan.

8. Atas kecekapan Wee Ka Siong dan Raja Datuk Nushirwan, Duta Besar Malaysia di China, mempercepatkan proses mendapat dan membawa pulang alat pernafasan tersebut, lebih banyak nyawa diselamatkan.

9. Pandangan jauh Menteri Kesihatan, Dr. Adham Baba untuk mendapatkan alat pernafasan tersebut dari China dan penyediaan tambahan 600 katil untuk pesakit Covid-19 di MAEPS, Sedang, telah mendapat perhatian dan pujian dari WHO dan Media Dunia.

10. Sehingga 6 April 2020, Malaysia mencatatkan peratus tertinggi di dunia, di mana pesakit Covid-19 – sembuh. Iaitu 32.7 peratus.

Singapura hanya: 24.4 peratus sembuh.

Hong Kong hanya: 22.54 peratus sembuh.

JUMLAH KEMATIAN:

11. Manakala jumlah kematian, Malaysia jauh lebih rendah iaitu: 1.63 peratus daripada pesakit yang kena jangkitan.

Perbandingan dengan:

Korea Selatan: 1.84 peratus kematian.

Swedan: 5.87 peratus kematian.

Jumlah purata dunia: 5.49 peratus kematian.

MEMBUKTIKAN:

12. Tindakan kerajaan baru Malaysia ini betul dan tepat.

13. Sistem kesihatan negara Malaysia kelihatan berada di landasan yang betul dan terbukti antara yang terbaik di dunia.

14. Diterajui pula seorang Menteri Kesihatan yang pantas bertindak, pro-aktif dan tahu selok-belok bagaimana mahu berperang dengan pandemik yang maha hebat ini.

15. Terima kasih hero-hero semua iaitu frontliners.

16. Doktor perubatan, nurses, medical officers, polis, tentera, Rela, penjawat awam, sukarelawan, Menteri Pertahanan, Menteri Pengangkutan, Duta Besar Malaysia di China, ahli-ahli MKN, KP Kesihatan dan paling istimewa, Menteri Kesihatan, Dr. Adham Baba.

17. Rakyat rasa amat selamat kerana tuan-tuan dan puan-puan berada di barisan hadapan – untuk kami (rakyat) semua.

TERIMA KASIH.

Salam,

DATUK SAIFUL BAHAR ARSHAD (DSBA)

10 April 2020

Shah Alam

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts