• Mengenai ED
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Hantar Artikel
Wednesday, September 27, 2023
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan
Editor Malaysia
No Result
View All Result

ADAKAH PERSATUAN PERUBATAN MALAYSIA (MMA) SUDAH DIPENGARUHI OLEH DAP?

Wan Sulaiman by Wan Sulaiman
April 12, 2020
in Ulasan, Utama
0
ADAKAH PERSATUAN PERUBATAN MALAYSIA (MMA) SUDAH DIPENGARUHI OLEH DAP?
46
SHARES
343
VIEWS

Oleh Dr. Kamarul Yusoff 

Syukur apabila Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 10 April, Khamis lepas akhirnya mengisytiharkan bahawa kerajaan telah memutuskan untuk melanjutkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan selama dua minggu lagi, iaitu dari 15 April hingga 28 April.

Jelas Perdana Menteri, keputusan ini dibuat “berdasarkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan pakar-pakar perubatan” dan “selaras dengan pandangan WHO yang menyarankan negara-negara supaya tidak menamatkan perintah kawalan pergerakan terlalu awal”.

Saya mulanya bimbang bila melihat semacam ada gerakan tersusun untuk mempengaruhi kerajaan supaya menamatkan perintah kawalan pergerakan bermula dari kenyataan pemimpin agung DAP, Lim Kit Siang, pada jam 10.30 pagi Khamis, 9 April, yang menggesa ia di’lift’kan. Lebih membimbangkan lagi bila gesaan Lim Kit Siang ini, walaupun cukup membahayakan keselamatan rakyat, kemudiannya turut disahut dan didendangkan sama oleh 13 Presiden dan bekas Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (Malaysian Medical Association, MMA).

13 Presiden dan bekas Presiden MMA yang menggesa ia di’relax’kan adalah Dr N Ganabaskaran, Dr Ashok Philip, Dr David Quek Kwang Leng, Dr H Krishna Kumar, Dato’ Dr A Krishnamoorthy, Datuk Dr N. Arumugam, Dr Milton Lum Siew Wah, Tan Sri Datuk Dr R. P. Lingam, Dr John Chew Chee Ming, Dr Ravindran Naidu, Datuk Dr Subramaniam Nadarajan, Dato’ Dr Abdul Hamid Abdul Kadir dan Dr Mohamed Namazie Ibrahim.

Kenyataan pemimpin pembangkang seperti Lim Kit Siang, walaupun sangat dikesali, masih boleh difahami kerana beliau tentulah mempunyai perkiraan politik tertentu sewaktu membuat cadangan itu, tetapi sokongan 13 Presiden dan bekas Presiden MMA ini cukup membingungkan.

Syukur kerana yang memerintah sekarang adalah kerajaan baru, jika kerajaan lama masih memerintah, dengan pengaruh kuat DAP di dalamnya sudah pastilah terdapat kemungkinan besar gesaan Lim Kit Siang supaya perintah kawalan pergerakan di’lift’kan akan diterima pakai.

Syukur juga kerana kita punya Perdana Menteri yang akur dengan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, pakar-pakar perubatan dan WHO serta tidak terpengaruh dengan gesaan dan tekanan daripada pakar-pakar perubatan yang mempunyai kepentingan yang tertentu.

Syukur juga kerana kita punya 1 Master dan 11 Presiden kolej pakar perubatan daripada The Academy of Medicine of Malaysia (AMM) yang tegas menghujahkan bahawa pelaksanaan perintah kawalan pergerakan ini wajib diteruskan melepasi Fasa 2 yang berkahir pada 14 April.

Adakah MMA ini sudah dipengaruhi oleh DAP? Kepada Lim Kit Siang, usah kecewa, cuba lagi.

Dipetik dari laman Facebook beliau di pautan;

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3160916103952426&id=100001022016761

Tags: DAPKamarul YusoffLim Kit SiangMMAPerintah Kawalan Pergerakan
Previous Post

TANGGUH DAHULU PERKHIDMATAN GUNTING RAMBUT

Next Post

ISU TUDUNG: MALAYSIA MASIH BELUM BEBAS DARIPADA WABAK KEBODOHAN AKIBAT VIRUS ISLAMOPHOBIA

Wan Sulaiman

Wan Sulaiman

Related Posts

ISU MALAYSIAN MALAYSIA – DR. RAMALAN YUNUS

ISU MALAYSIAN MALAYSIA – DR. RAMALAN YUNUS

September 6, 2023
FORMULA KEJAYAAN PAS DAN DAP – DR. RAMALAN YUNUS 

FORMULA KEJAYAAN PAS DAN DAP – DR. RAMALAN YUNUS 

August 16, 2023
PAS DAKWA DAP BAWA ‘NARATIF PALSU’, TETAPI KENAPA BEKERJASAMA DUA KALI?

PAS DAKWA DAP BAWA ‘NARATIF PALSU’, TETAPI KENAPA BEKERJASAMA DUA KALI?

June 11, 2023
TOK MAT, AKMAL, AKAR UMBI TETAP MAHU DAP MINTA MAAF

TOK MAT, AKMAL, AKAR UMBI TETAP MAHU DAP MINTA MAAF

June 9, 2023
AKAR UMBI MAHU UMNO TEGAS DENGAN PENDIRIAN, TIDAK BOLEH AMPU ATAU TAKUT DENGAN MANA-MANA PARTI

AKAR UMBI MAHU UMNO TEGAS DENGAN PENDIRIAN, TIDAK BOLEH AMPU ATAU TAKUT DENGAN MANA-MANA PARTI

June 9, 2023
26 DIANUGERAH GELARAN TAN SRI SEMPENA HARI KEPUTERAAN YDP AGONG

26 DIANUGERAH GELARAN TAN SRI SEMPENA HARI KEPUTERAAN YDP AGONG

June 6, 2023

Mengenai ED

Hubungi Kami

Pengiklanan

Penafian

Hantar Artikel

Copyright © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In