KENAPA KKM MASIH KAITKAN KES TERKINI DI 4 MADRASAH DENGAN IJTIMAK TABLIGH?

122
SHARES
393
VIEWS

Usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terutamanya barisan hadapan (frontliner) amat dihargai namun kewajaran KKM yang berterusan mengaitkan dengan perhimpunan atau ijtimak tabligh di Sri Petaling yang berlangsung pada 28 Februari sehingga 2 Mac dilihat sangat tidak wajar.

Ini kerana tempoh masa kuarantin selama 14 hari sudah lama berlalu dan sehingga kini ia telah melangkaui tiga kali tempoh kuarantin iaitu genap 42 hari (kiraan dari 2 Mac sehingga 13 April).

Perkara ini juga disoal oleh doktor yang juga berada di barisan hadapan, rujuk artikel bertajuk “Beberapa persoalan mengenai Covid-19 dan Kluster Tabligh” di pautan;

https://editormalaysia.com/14491/

Merujuk kepada tempoh 42 hari ini, mustahil KKM masih ingin kaitkan dengan “Kluster Sri Petaling” melainkana ada penjelasan lain?

Tidak adil KKM masih kaitkan kluster berkaitan ijtimak, hanya kerana yang dijangkiti itu adalah ‘orang tabligh’

Sedangkan mereka juga berpotensi dijangkiti daripada pembawa lain yang berkemungkinan datang dari ‘kluster terpendam’ yang tidak diketahui atau tidak dinamakan dan kluster ini membentuk hampir dua pertiga daripada jumlah keseluruhan yang dijangkiti (rujuk poster KKM bertarikh 12 April).

Faktanya iaitu sejumlah 1822 daripada jumlah keseluruhan 4683 (sehingga 12 April) atau 38.91 peratus adalah dari Kluster Sri Petaling.

Baki sebanyak 2861 atau sekitar 61.09 peratus dari jumlah keseluruhan adalah datang dari kluster-kluster atau pembawa jangkitan di tempat lain.

Sub-kluster madrasah di beberapa buah negeri – Kenyataan Akhbar KPK 12 April 2020 -Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

“Adalah dimaklumkan bahawa KKM telah mempergiatkan aktiviti pengesanan, penyaringan, ujian, isolasi serta rawatan terutama kepada kumpulan sasar yang berisiko tinggi (targeted approach). Ini dijalankan dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan.”

“Misalnya, hasil kerjasama rapat dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Syura Jemaah Tabligh Masjid Seri Petaling, KKM telah mengenal pasti senarai terkini madrasah dan tahfiz bagi membantu pengesanan kontak rapat kepada kes-kes indeks perhimpunan di Seri Petaling.”

“Susulan daripada tindakan proaktif di lapangan oleh Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah, beberapa subkluster jangkitan COVID-19 telah dikenalpasti di beberapa buah madrasah dan tahfiz.”

Rujuk;

https://kpkesihatan.com/2020/04/12/kenyataan-akhbar-kpk-12-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

Kenapa masih dijelaskan oleh KKM seolah-olah ‘sub-kluster’ ini masih berpunca daripada Ijtimak Sri Petaling yang telahpun berakhir lama dahulu?

“Pengesanan kontak rapat kepada kes-kes indeks perhimpunan di Seri Petaling” – KKM perlu bijak untuk bezakan antara orang tabligh dan mereka yang menjadi peserta di Ijtimak Sri Petaling, bukannya asalkan orang tabligh yang dijangkiti terus dikaitkan dengan kluster tersebut.

Sedangkan mereka berkemungkinan dijangkiti daripada sumber atau kluster yang lain yang kini lebih besar daripada Kluster Sri Petaling itu sendiri dan ini sangat tidak adil untuk mereka.

Jika sekalipun mereka dalam kalangan 12,500 peserta ijtimak tersebut yang kemudiannya pulang ke tempat masing-masing dan dikenalpasti sebagai pembawa, ini tentunya beliau dapati daripada pihak lain dan bukan ‘direct contact‘ daripada perhimpunan tersebut, kerana tempoh ijtimak telah lama berlalu.

Terutamanya melibatkan jangkitan di madrasah yang kini dinamakan sebagai sub-kluster pula.

Walaupun mudir ataupun tenaga pengajarnya mungkin dalam kalangan peserta ijtimak yang berakhir pada 2 Mac, tetapi tempoh 42 hari bukankah sudah terlalu lama untuk KKM masih mahu kaitkan dengan ijtimak?

Jika penjelasannya adalah kerana ia wujud daripada generasi keempat, kelima, keenam dan seterusnya maka KKM sebenarnya menyulitkan kaedah pengkategorian mereka sendiri kerana generasi yang terlalu jauh dan lama ini terdedah kepada kemungkinan dijangkiti dari sumber-sumber lain.

Melainkan dapatan KKM menunjukkan bahawa virus Covid-19 boleh hidup melebihi tempoh 14 hari  malah mungkin sehingga 40 hari lamanya

Jika KKM masih mengaitkannya dengan ijtimak tabligh, ia sangat tidak wajar kerana waktunya sudah terlalu lama, melainkan KKM mengesahkan dapatan baharu mereka iaitu virus Covid-19 boleh hidup melebihi 40 hari, dikira dari tarikh ijtimak berakhir pada 2 Mac tersebut.

Jika benar, justeru dapatan KKM ini perlu dikongsikan bersama WHO serta masyarakat dunia untuk dinilai semula kes-kes di seluruh dunia agar kaedah lebih tepat dan tempoh saringan dapat ditingkatkan kepada 40 hari dan dapat menyelamatkan banyak nyawa.

Santunilah mereka sebaik-baiknya sebagai saudara seIslam dan bukannya “take for granted

Warga tabligh sememangnya tidak ‘bersuara’ dan hanya taat perintah amir mereka yang mengikut saranan dan nasihat kerajaan namun mereka tetap warga negara yang sah dan layanan adil perlu diberikan.

Jangan kerana mereka selalu berlembut dan tidak banyak kerenah maka kerajaan mengambil mudah tanpa mengira perasaan ahli keluarga dan persepsi masyarakat sekeliling yang tidak habis-habis mengaitkannya dengan tabligh.

Bayangkan jika pemimpin-pemimpin DAP boleh bertindak menyokong dan membantu rakan-rakan mereka yang dikaitkan dengan pengganas LTTE, inikan pula kita sesama Islam apa salahnya saling menyantuni, ditambah dengan kerjasama baik yang diberikan oleh syura Sri Petaling dan jemaah tabligh selama ini.

Kerajaan perlu memainkan peranan sebaik mungkin, jika sebelum ini Mufti boleh menyantuni Menteri bukan Islam dari DAP dan menghadiahkan kek ketika hari jadi, apa salahnya beliau yang kini sudah dilantik Menteri Agama, menasihatkan Perdana Menteri, Menteri Kesihatan dan lain-lain yang terlibat agar memberi keadilan kepada jemaah tabligh.

Mereka tidak berkehendakkan kek atau meminta dilayan sama seperti artis ataupun pemimpin politik, tetapi cukup dengan tidak berterusan mengaitkannya dengan jemaah tabligh.

 

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts