KERAJAAN AMBIL BERAT ISU PENAHANAN 17 JEMAAH TABLIGH DI INDIA

367
SHARES
2.2k
VIEWS

Dalam sidang media yang diadakan petang tadi, Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamaruddin Jaafar memberi perincian mengenai 191 jemaah tabligh yang berada di India termasuk 17 orang yang ditahan di daerah Chennai, Tamil Nadu. 

Beliau memaklumkan pihak kementerian memandang serius dan mengambil berat mengenai penahanan ini yang dikatakan atas kesalahan menyalahgunakan visa pelawat dan akan mendapatkan ‘cerita sebenar’ di sebalik penahanan ini. 

Sebagai makluman, kerajaan India menyekat pergerakan keluar dan masuk ke negara mereka berikutan isu pandemik Covid-19 yang melanda dunia dan mengambil tindakan tegas mengenai warga asing yang berada di negara itu walaupun atas tujuan ziarah. 

Kamaruddin berkata, kesemua mereka ditahan di bawah tiga Akta iaitu – National Disaster Management Act, Foreigners Act 1946 dan Indian penal code.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts