TUBUH RCI TANGANI ISU KEWARGANEGARAAN DAN PENDATANG ASING – PUTRA

2.5k
SHARES
748
VIEWS

KENYATAAN PRESIDEN PUTRA, DATO DR IBRAHIM ALI

26 April 2020

1. Sekarang timbul pula isu Rohingya. Dahulu ditimang-timang, sekarang dikecam pula. Kedatangan Rohingya ke negara Malaysia samalah dengan kedatangan lain-lain bangsa seperti China, India, Bangladesh, Myamar, Filipina, Indonesia dan ada juga dari benua Afrika sebelum ini. Siapa sahaja boleh masuk dengan mudah melalui berbagai cara. Ada yang datang dahulu dibawa masuk oleh penjajah.

2. Kedatangan mereka tidak putus-putus dan bertali arus. Rohingya datang sebagai pelarian. Atas dasar kemanusian Malaysia membuka pintu dan tunjuk baik.

Dalam masa beberapa tahun ini, ada yang datang sebagai ‘pekerja asing’ ada yang datang dan masuk secara haram yang dikenali sebagai PATI. Ada yang masuk melalui “visa on arrival” sebagai pelancong, visa pelajar serta sebagai peniaga-peniaga, kemudian hilang dan tidak pulang ke negara asal. Yang ramai dari negara China. Ketua Audit Negara sudah mengeluarkan kenyataan sebelum ini terdapat sekitar 95 peratus pelancong yang datang ke Malaysia tidak mempunyai rekod keluar pulang ke negara asal mereka.
Bukankah ini amat serius? 

3. Malaysia adalah antara negara yang paling mudah dimasuki oleh sesiapa sahaja. Sama ada secara halal atau haram. Halal melalui permit pekerja asing atau visa on arrival atau masuk cara menyeludup secara haram melalui sempadan Thailand atau melalui laut dan sebagainya. Apapun, ia mudah serta bebas dan tidak seperti negara-negara lain. Antara puncanya kerana di Malaysia ini apa sahaja boleh dirunding. “Cash is King” atau keputusan-keputusan atas dasar perkiraan kepentingan politik. Pegawai-pegawai kerajaan yang ‘haprak’ juga ambil kesempatan menjual kad pengenalan seperti yang didedahkan berlaku di Pulau Pinang. Malah di Sabah sudah lama ia berlaku.

4. Terimalah hakikat iaitu kehadiran “tetamu yang tidak diundang” secara halal, tidak telus dan tidak mengikut undang-undang, secara haram atau rasuah serta melalui perdagangan manusia dan sebagai pelarian AKAN MEMBAWA BENCANA PADA NEGARA. Masalah keselamatan, sosial serta berbagai ancaman termasuk ekonomi negara dan perbelanjaan negara yang banyak. Sudah lama berlaku isu KERA DI HUTAN DISUSUKAN, ANAK SENDIRI MATI KELAPARAN. Semua ini akan menggugat keamanan dan keselamatan negara.

5. Terbaru rakyat Rohingya yang sudah mula besar kepala. Sudah menjadi amalan pendatang dari dahulu, bila dibagi peha, betis pula yang dimahukannya. Kekecohan Rohingya ini pula timbul kerana sejarah orang Rohingya ini agak luar biasa dengan sifatnya berani dan katanya ganas. Itulah mungkin kerajaan Bangladesh dan Myanmar agak tertekan.

Malaysia pula negara yang terkenal dengan sifat lemah lembut yang terpuji sehingga sesiapa sahaja boleh mengambil kesempatan sesuka hati. Isu Rohingya adalah salah satu dari bukti menunjukkan banyaknya masalah berkaitan tetamu yang tidak diundang ini.

6. Maka kerajaan wajib melihat dan bertindak secara menyeluruh serta secara inklusif mengenai isu ini bukan setakat Rohingya sahaja kerana semuanya merupakan ancaman nasional yang WAJIB DITANGANI DENGAN SEGERA DAN TEGAS. Langkah terbaik ialah;

“PUTRA DENGAN TEGAS MENCADANGKAN PENUBUHAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA (RCI) MENGENAI KEWARGANEGARAAN DAN PENDATANG ASING” 

Yang merupakan salah satu (Perkara no. 9) daripada 10 Perkara Sumpah Keramat PUTRA bagi merungkai segala masalah dan mencadangkan dasar peraturan dan mengambil tindakan membersihkan negara dari kekotoran ini secepat mungkin.

SURUHANJAYA INI MESTI TERDIRI DARI ANGGOTA PALING BERWIBAWA DAN TIDAK DIPENGARUHI UNSUR-UNSUR POLITIK ATAU APA JUA PENGARUH.

7. PUTRA juga ingin menasihatkan bahawa jangan ada mana-mana pihak gopoh dan buat macam-macam cadangan termasuk memberi kerakyataan sementara kepada Rohingya. Cadangan AJK PAS Pusat bernama Mohd Sanusi Md Nor adalah cadangan “lidah tidak berulang”. Ini bukan perkara kecil kerana sebelum ini sudah banyak perkara dibuat tetapi akhirnya membawa padah. Apa jua cadangan yang ada kaitan dengan keselamatan, tidak boleh digembar-gemburkan kepada umum sekadar mencari populariti publisiti serta keuntungan politik. THIS IS A MATTER OF NATIONAL SECURITY. 

Jangan nasi jadi bubur. Sifat tolak ansur, baik dan terbuka, biarlah kena pada tempatnya serta mengikut tahap isu tersebut. 

Apa jua jalan penyelesaian, cadangan serta formula perlu diserah kepada SURUHAHJAYA SIASATAN DIRAJA ini yang WAJIB DITUBUHKAN SEGERA untuk meneliti dan semua pihak boleh memberi cadangan.

Saya ulang, ini amat penting kerana ia mengenai soal keselamatan dan kedaulatan sebuah negara yang berdaulat. 

PUTRA PERKASA NEGARA

Salam Negaraku,

Dato Paduka Dr Ibrahim Ali

Presiden Parti PUTRA

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts