• Mengenai ED
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Hantar Artikel
Wednesday, September 27, 2023
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan
Editor Malaysia
No Result
View All Result

ISU ROHINGYA: MENGIMBANGI HAK KEDAULATAN NEGARA DAN HAK KEMANUSIAAN – MACSA

Wan Sulaiman by Wan Sulaiman
April 28, 2020
in Laporan, Utama
0
ISU ROHINGYA: MENGIMBANGI HAK KEDAULATAN NEGARA DAN HAK KEMANUSIAAN – MACSA
92
SHARES
1k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA

 
MACSA menyuarakan kebimbangan dalam perdebatan terkini mengenai isu mengimbangi hak kedaulatan negara Malaysia dan tanggungjawab negara terhadap pelarian, khususnya kumpulan Rohingya. Kami berpandangan ada keperluan yang mendesak untuk kesemua rakyat memahami apa yang sebenarnya berlaku supaya tidak timbul kebencian melulu berdasarkan berita palsu.

Pertama, kerisauan akibat terlalu ramai kaum Rohingnya adalah kebimbangan yang munasabah dan perlu diakui oleh semua. Malangnya akibat ini, pelbagai andaian yang tidak benar dan ekstrim diambil oleh sebahagian masyarakat. Ini berlaku adalah kerana kurang jelas apakah polisi dan tindakan kerajaan menanganinya selama ini.

MACSA percaya, penyelesaian yang baik adalah untuk kerajaan memperjelaskan polisi dan tindakan yang diambil berkenaan dengan pelarian Rohingya. Penjelasan ini dapat menghuraikan bahawa polisi Malaysia bukanlah untuk memberikan kerakyatan dan mahu mereka pulang ke negara asal mereka, pada akhirnya. Dalam perkara ini kerajaan berpegang kepada prinsip non refoulement di bawah undang-undang antarabangsa. Mereka ini akan dipulangkan apabila keadaan mereka selamat dan terma-terma penghantaran balik dipersetujui oleh kedua belah pihak. Rakyat juga perlu tahu proses ini akan mengambil masa yang lama. Selain itu, kerajaan juga harus menerangkan bahawa Malaysia telah lama berusaha menempatkan pelarian Rohingya di negara lain dan telah mengambil beberapa tindakan untuk mendesak pematuhan dari Myanmar. Sementara menanti dipulangkan, kita perlukan satu dasar efektif untuk mereka yang berada di sini.

Kedua, MACSA mengambil maklum tentang  beberapa insiden yang menunjukkan sesetengah pelarian Rohingya tidak mengamal kebersihan yang baik dan ada yang berseteru terhadap rakyat Malaysia. Namun, meskipun wujud di kalangan pelarian Rohingya yang berkelakuan sedemikian, ia tidak mewajarkan prejudis menyeluruh digunapakai ke atas semua kaum Rohingnya. Dalam pada rakyat dunia bermatian memerangi wabak COVID-19, wabak kebencian ini tidak seharusnya diberikan tempat untuk menular di hati rakyat Malaysia.

Untuk menyelesaikan masalah ini selain dari penguatkuasaan, kita harus mengambil maklum pertembungan budaya. Ramai dari kaum Rohingnya ini daif, miskin dan tidak berpelajaran, semenjak mereka datang dari Myanmar lagi. Jadi pembudayaan termasuk amalan kebersihan amatlah berbeza daripada rakyat Malaysia. Jurang pembudayaan akibat kemiskinan ini tidak wajar dijadikan galas untuk meneruskan prejudis yang kuat.

Apa yang harus dilakukan adalah mengiktiraf aduan rakyat Malaysia yang sah ini dengan meningkatkan tahap pembudayaan kaum Rohingnya untuk mendekati tahap pembudayaan rakyat Malaysia sendiri. Untuk ini, kita perlukan badan-badan yang mewakili pelarian Rohingnya untuk sama membantu. Organisasi bukan kerajaan (NGO) dan organisasi masyarakat sivil (CSO) misalnya bukan sahaja perlu menumpukan kepada pemberian bantuan kemanusian tetapi juga merapatkan jurang pembudayaan sosial di antara kita. Untuk langkah jangka masa panjang, pembudayaan ini hanya dapat diterapkan melalui pendidikan. Dengan ini diharapkan, kita dapat duduk bersama dengan aman.

MACSA menggesa segala tutur cara kebencian tidak berasas dihentikan segera. Kritikan yang berasas patut diluahkan dan diterima tetapi tularan perkara palsu dan yang tidak boleh disahkan untuk memupuk kebencian mestilah dibendung setegas-tegasnya.
 
KENYATAAN BERSAMA:

LUKMAN SHERIFF ALIAS ialah Pengasas Malaysian Lawyers’ Circle (MLC) merangkap Pengerusi MACSA.

PROF MADYA DR. RAFIDAH HANIM MOKHTAR ialah Presiden, Perikatan Wanita Antarabangsa Untuk Institusi Keluarga & Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) merangkap Pengerusi Bersama MACSA.

Tags: Lukman Sheriff AliasMACSAProf. Rafidah HanimRohingya
Previous Post

GPMS SAMBUT BAIK PENANGGUHAN SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2020

Next Post

PKP BERSYARAT: BAGAIMANA KEDAI MAKAN ATAU RESTORAN BEROPERASI?

Wan Sulaiman

Wan Sulaiman

Related Posts

PUTRA KECAM MAJIKAN BUKAN ISLAM SEKAT PEKERJA ISLAM BERSOLAT

PUTRA KECAM MAJIKAN BUKAN ISLAM SEKAT PEKERJA ISLAM BERSOLAT

January 29, 2022
TUNTUTAN MENGGANTUNG PENETAPAN TABUNG HAJI DI BAWAH AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN ISLAM 2013

TUNTUTAN MENGGANTUNG PENETAPAN TABUNG HAJI DI BAWAH AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN ISLAM 2013

July 19, 2021
KES ADIB: TOMMY THOMAS TIDAK PATUT MENYELEWENG FAKTA

KES ADIB: TOMMY THOMAS TIDAK PATUT MENYELEWENG FAKTA

February 5, 2021
DARURAT COVID-19: BERAPA LAMA LAGI?

DARURAT COVID-19: BERAPA LAMA LAGI?

January 23, 2021
ORDINAN DARURAT: KUASA APA YANG KERAJAAN/EKSEKUTIF RAMPAS ATAU TAMBAH KETIKA DARURAT?

ORDINAN DARURAT: KUASA APA YANG KERAJAAN/EKSEKUTIF RAMPAS ATAU TAMBAH KETIKA DARURAT?

January 16, 2021
PERKAHWINAN BAWAH UMUR: KEKABURAN ISTILAH DAN MANIPULASI DATA MEMBURUKKAN IMEJ ISLAM

PERKAHWINAN BAWAH UMUR: KEKABURAN ISTILAH DAN MANIPULASI DATA MEMBURUKKAN IMEJ ISLAM

December 12, 2020

Mengenai ED

Hubungi Kami

Pengiklanan

Penafian

Hantar Artikel

Copyright © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In