KERAJAAN WUJUDKAN APLIKASI MYSEJAHTERA DAN MYTRACE KESAN KONTAK COVID-19

178
SHARES
540
VIEWS

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas sempena Hari Pekerja hari ini menggalakkan semua agar menggunakan aplikasi Mobil MySejahtera dan MyTrace yang sudah boleh dimuat turun ketika ini di playstore masing-masing demi membendung penularan wabak Covid-19.

Dalam memerangi COVID-19, pengesanan kontak atau contact tracing adalah sangat penting dan para petugas kesihatan wajib mengetahui siapa yang pernah berada berhampiran dengan individu yang dikenalpasti positif COVID-19.

Kerajaan berharap agar semua yang mempunyai telefon pintar agar memuat turun aplikasi ini untuk membantu pihak Kementerian Kesihatan melakukan pengesanan kontak jika berlaku jangkitan baharu.

Ini adalah tanggungjawab semua rakyat Malaysia demi memastikan terputusnya rantaian penularan wabak pandemik ini.

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts