Oleh YB Senator Tengku Dato’ Sriย Zafrul Tengku Abdul Aziz
Didoakan saudara dan saudari berada di dalam keadaan sihat bersama keluarga. Baru-baru ini berlaku kekeliruan umum berkenaan kadar faedah atau keuntungan yang dikenakan berkaitan skim moratorium (penangguhan) 6 bulan bayaran balik pinjaman sewa beli yang ditawarkan oleh institusi kewangan. Antara punca kekeliruan ini disebabkan pelbagai sumber yang membawa maklumat kurang tepat.
Sehubungan dengan itu, pihak Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1 Mei 2020 telahpun menerbitkan di laman web BNM sebuah dokumen “Soalan Lazim (FAQs) Mengenai Pengendalian Moratorium bagi Pinjaman Sewa Beli dan Pembiayaan Islam Berkadar Tetap” yang telah dikemaskini. BNM juga telah membuat sidang media untuk memperjelaskan lagi kekeliruan yang dihadapi peminjam.
Sejak kebelakangan ini, media massa dan netizen banyak menimbulkan persoalan mengenai isu ini. Untuk makluman saudara saudari, memang terdapat bank yang menawarkan moratorium pinjaman tanpa mengenakan faedah terakru (accrued interest) atau faedah dikompaun (compounded interest) atas pinjaman.
Namun yang demikian, ia tidaklah merangkumi semua produk pinjaman. Setiap bank pula ambil pendekatan tersendiri dalam hal mengenakan faedah sewaktu tempoh moratorium.
๐๐๐ง๐ ๐๐ฆ๐๐ข๐ฅ ๐ค๐ข๐ซ๐ ๐ญ๐๐ซ๐๐๐ฉ๐๐ญ ๐ค๐๐ฆ๐ฎ๐ง๐ ๐ค๐ข๐ง๐๐ง ๐ข๐ ๐๐๐ฉ๐๐ญ ๐๐ข๐ฅ๐๐ค๐ฌ๐๐ง๐๐ค๐๐ง ๐๐๐ง ๐ฌ๐๐ญ๐๐ฅ๐๐ก ๐ฆ๐๐ง๐๐๐ง๐ ๐๐ซ ๐ฉ๐๐ซ๐ฆ๐ข๐ง๐ญ๐๐๐ง ๐ซ๐๐ค๐ฒ๐๐ญ, ๐ฌ๐๐ฒ๐ ๐ข๐ง๐ ๐ข๐ง ๐ฆ๐๐ง๐ฒ๐๐ซ๐๐ง๐ค๐๐ง ๐๐ ๐๐ซ ๐ฌ๐๐ฆ๐ฎ๐ ๐ข๐ง๐ฌ๐ญ๐ข๐ญ๐ฎ๐ฌ๐ข ๐ค๐๐ฐ๐๐ง๐ ๐๐ง ๐ค๐ก๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฌ๐ง๐ฒ๐ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ญ๐๐ซ๐ฅ๐ข๐๐๐ญ ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐ฆ๐จ๐ซ๐๐ญ๐จ๐ซ๐ข๐ฎ๐ฆ ๐ข๐ง๐ข ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฆ๐๐ฆ๐ฉ๐๐ซ๐ญ๐ข๐ฆ๐๐๐ง๐ ๐ค๐๐ง ๐ฌ๐ฎ๐ฉ๐๐ฒ๐ ๐๐๐๐๐๐ก ๐ญ๐๐ซ๐๐ค๐ซ๐ฎ (๐๐๐ ๐ข ๐ฉ๐ข๐ง๐ฃ๐๐ฆ๐๐ง ๐ฌ๐๐ฐ๐ ๐๐๐ฅ๐ข) ๐๐ญ๐๐ฎ ๐ค๐๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ ๐๐ง (๐๐๐ ๐ข ๐ฉ๐๐ฆ๐๐ข๐๐ฒ๐๐๐ง ๐๐ฌ๐ฅ๐๐ฆ ๐๐๐ซ๐ค๐๐๐๐ซ ๐ญ๐๐ญ๐๐ฉ) ๐๐ข๐ฅ๐ฎ๐ฉ๐ฎ๐ฌ๐ค๐๐ง ๐ฌ๐๐ฐ๐๐ค๐ญ๐ฎ ๐ญ๐๐ฆ๐ฉ๐จ๐ก ๐ ๐๐ฎ๐ฅ๐๐ง ๐ฆ๐จ๐ซ๐๐ญ๐จ๐ซ๐ข๐ฎ๐ฆ.
Menurut Akta Bank Negara 2009, isu ini berada di bawah bidang kuasa BNM. Namun yang demikian, Kementerian Kewangan telah memulakan langkah proaktif mencari penyelesaian kemelut ini melalui perbincangan bersama BNM dan bank-bank untuk membuat keputusan yang tepat mengikut keperluan rakyat.
Kami di Kementerian Kewangan bersedia untuk bekerjasama dengan BNM dan sektor perbankan bagi memastikan pelaksanaan saranan ini. Kerajaan sentiasa peka kepada cetusan hati nurani rakyat, terutamanya dari golongan B40 dan M40, dan mengambil berat perkara ini. Dalam keadaan ekonomi yang serba mencabar disebabkan oleh wabak COVID-19, saya amat berharap pandangan ini dapat diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh BNM dan juga institusi-institusi kewangan dalam negara.
Saya yakin langkah ini akan dapat memberi impak positif kepada rakyat kita.
Dipetik dari laman Facebook beliau di pautan;
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=131324285183993&id=102339531415802