Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat
3 Mei 2020 l 10 Ramadan 1441
1. Seluruh ahli Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat (DPPHL) mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Koperal Safwan Muhammad Ismail di atas insiden kemalangan dilanggar pemandu mabuk sehingga kehilangan nyawa ketika bertugas menjaga perbatasan negara sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat serangan covid19 ini di Plaza Tol Kajang Selatan Lebuhraya LEKAS, awal pagi tadi.
2. Ucapan takziah dari seluruh pemuda ini menandakan solidiriti kami menentang dan menggesa pihak kerajaan untuk menyekat segala aktiviti yang berkaitan arak sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini dilaksanakan.
3. DPPHL dan kami percaya seluruh warga Hulu Langat tidak mahu ada lagi ada kes kemalangan pemandu mabuk yang mengakibatkan negara kita kehilangan anggota keselamatan yang sedang bertugas menjaga sekatan jalan raya (SJR) Op COVID-19 ini, malah kami tidak mahu lagi walau seorang rakyatpun kehilangan nyawa akibat pemandu mabuk ini.
5. Sehubungan dengan itu, Kerajaan diminta untuk bertindak lebih tegas dalam isu berhubung arak ini terutama sepanjang tempoh PKP ini khusus buat penjualan arak dan apa sahaja yang memabukkan hendaklah dihentikan serta merta dan tidak dibenarkan beroperasi kerana produk memabukkan bukan termasuk dalam keperluan yang mustahak (non essential).
6. Telah banyak kes kemalangan berpunca dari pemandu mabuk sehinggakan mengakibatkan beberapa nyawa terkorban sebelum ini, dan kami DPPHL serta seluruh Pemuda PAS Negeri Selangor akan terus konsisten dalam melawan isu arak ini dan mengharapkan kerajaan baharu Perikatan Nasional dapat mewujudkan satu rang undang-undang penguatkuasaan pengharaman arak yang lebih tegas lagu.
Demi Islam
Bangkit : Pemuda Perintis Kebangkitan Ummah
Zurk Ahmad
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat