BEBERAPA PERKARA MENARIK MENGENAI SITUASI POLITIK HARI INI, 10 MEI 2020

1.5k
SHARES
4.7k
VIEWS

1. Semalam, Dr. Mahathir dan Anwar Ibrahim keluarkan kenyataan bersama sambut 2 tahun hari bersejarah 9 Mei 2020.

2. Hari ini Nuzul Quran, 10 Mei 2020.

3. Esok Hari Kelahiran UMNO ke-74, 11 Mei 2020.

RADZI JIDIN – KETUA PENERANGAN PARTI BERSATU KATA:

4. Dr. Mahathir yang beri persetujuaan untuk BERSATU keluar daripada Gagasan Pakatan Harapan.

Rujuk; https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/05/09/mahathir-had-agreed-to-ppbm-pullout-says-info-chief/

5. Kenapa Dr. Mahathir bersetuju? Kerana tidak mahu beri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri. Dan tidak tahan dengan kerenah DAP menguasai kewangan negara.

6. Tiba-tiba di saat-saat akhir, Dr. Mahathir tidak setuju BERSATU keluar dari PH. Kenapa? 

7. Kerana Dr. Mahathir dipujuk oleh Marina dan Mukhriz Mahathir bahawa bersama DAP dan PKR Anwar Ibrahim lebih baik dan menguntungkan daripada bersama UMNO.

8. Kerana Dr. Mahathir mahu jadi Perdana Menteri Kabinet Unity Government.

Iaitu, Dr. Mahathir yang pilih, siapa dia mahukan jadi Menteri, bukan mengikut cadangan daripada parti-parti politik.

9. BERSATU Muhyiddin, Azmin PKR, UMNO dan PAS tidak setuju.

10. Mana mungkin barisan Kabinet, Dr. Mahathir yang tentukan tanpa memberi peluang pemimpin parti politik diwakili.

11. PAS dan UMNO juga tidak setuju Dr. Mahathir mahu ambil pemimpin-pemimpin dari DAP (yang lompat) tetap menyertai Kabinet.

12. Maka dengan itu, PECAHLAH BAHTERA.

13. Tidak jadilah nobatkan semula Dr. Mahathir sebagai PM ke-8.

14. Calon alternatif yang dipilih ketika itu ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin.

15. Dipersetujui oleh semua pihak, BERSATU, UMNO, PAS, PKR Azmin, GPS dan beberapa Ahli Parlimen Bebas dan lain-lain. 

16. Dr. Mahathir pada awalnya setuju dengan pemilihan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

17. Tiba-tiba apabila dihasut oleh orang keliling, Dr. Mahathir jadi tidak setuju pula.

18. Terkini, buat undi tidak percaya di Parlimen terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, akibat hasutan daripada Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng DAP.

19. Perlu diingatkan, ketika usul dibawa kepada YDP Agong, Anwar Ibrahim PKR, Guan Eng DAP dan Mat Sabu AMANAH tidak menyokong pencalonan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Mereka sokong pencalonan Anwar sebagai PM.

Sudah tidak cukup nombor, baru mereka kembali ke pangkuan Dr. Mahathir.

20. Dr. Mahathir pelupa, dia tidak ingat semua ini.

ADUH. DR. MAHATHIR SUDAH TUA. 

Sudah nyanyuk.

Sudah jadi pelupa.

Asyik dipergunakan oleh anaknya, DAP dan Anwar.

SALAM NURUL QURAN DAN HARI KELAHIRAN UMNO.

DSBA

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts