SOP SOLAT JEMAAH DI MASJID SURAU AKAN DIMUKTAMADKAN

587
SHARES
1.9k
VIEWS

Pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas sempena Nuzul Quran dan mengenai perkembangan terkini situasi wabak Covid-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) turut memaklumkan mengenai pelaksanaan solat berjemaah di masjid dan surau di negara ini dalam peringkat akhir untuk dilaksanakan kembali sejak ia ditutup pada mula PKP dilaksanakan pada 18 Mac lepas. 

Mengenai solat berjemaah di masjid, termasuk solat Jumaat, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sedang memperhalusi tatacara atau SOP tertentu yang boleh diamalkan oleh para jemaah.”

In sya Allah, selepas SOP ini dimuktamadkan dan dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja selaku Ketua Agama Islam persekutuan dan negeri-negeri untuk diperkenankan, kerajaan akan mengumumkan kebenaran untuk bersolat jemaah di masjid.

Justeru diharapkan agar perkara ini dapat dilaksanakan tidak lama lagi dan In sya Allah semoga sempat masjid diimarahkan kembali dalam 10 hari terakhir Ramadan agar syiar Islam  dan bertawakal kepada Allah dapat dikembalikan. 

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts