WARGA ASING MENGUASAI MASJID & SURAU SEBAGAI IMAM, SIAK, GURU KAFA

206
SHARES
665
VIEWS

Di sana sini kita melihat wajah warga asing yang sudah tidak asing lagi bagi kita. Di surau dan masjid sekitar Kuala Lumpur dan Selangor juga terlihat kelibat warga asing sebagai Imam walaupun kerajaan tidak membenarkannya. Namun pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bertindak mempertahankannya kerana yang diberi jawatan selaku imam itu kononnya adalah pemegang kad Penduduk Tetap (PR).

Pemegang kad PR masih digelar warga asing dan tidak boleh mengundi. Namun berbeza dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang jelas tidak membenarkannya namun terlepas pandang warga asing dibenarkan menjadi imam oleh pentadbiran masjid di beberapa tempat di masjid dan surau sekitar Selangor terutamanya di kawasan Damansara.

Tinjauan di Masjid Jamek Sungai Penchala mendapati warga asing dibenarkan menjadi imam, siak dan juga mengajar di Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di surau sekitarnya.

Begitu juga di Masjid Kota Damansara dan sekitarnya mempunyai Imam Rawatib sejak sekian lama  iaitu warga asing Indonesia, yang juga seorang pelajar Universiti Malaya. Beliau juga sekali-sekala menjadi imam dan mengajar di Surau Jumaat Mutiara Damansara.

Masjid Kayu Ara juga menggajikan warga Acheh sebagai imam mereka sejak dahulu lagi.

Apatah lagi di bulan Ramadan, bertebaran imam warga asing menambah rezeki di bulan Ramadan walaupun Sultan Selangor bertitah agar menggunakan khidmat rakyat tempatan sebagai imam.

Namun terdapat pihak masjid dan surau berselindung di sebalik ‘imam gantian’ dan bukan ‘imam utama’ seperti di Damansara Perdana yang menggunakan khidmat imam dari Pakistan.

Warga asing telahpun menguasai 3P di negara ini iaitu pekerjaan, perniagaan dan penipuan (jenayah) namun kini kita buka pula masjid dan surau kepada mereka dan sekaligus mengenepikan imam bertauliah tempatan yang ramai termasuk lulusan agama luar negara.

Sampai bila kita hendak biarkan warga asing ini berleluasa?

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts