PILIHAN RAYA UMUM KE-15 PERLU DISEGERAKAN – IT’S NOW OR NEVER

2.8k
SHARES
8.8k
VIEWS

1. Pilihan Raya Umum ke-15 perlu disegerakan. A snap election is best for PM TSMY untuk memperkukuhkan Kerajaan PN sedia ada.

2. Ketika rating PM TSMY berada di paras lebih daripada 85 peratus. Ini adalah masa terbaik untuk mendapatkan mandat baru daripada rakyat.

3. Ketika rakyat mual melihat kelakuan Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim tidak sudah-sudah berebut kuasa Perdana Menteri. Ini masa terbaik.

4. Jelas sudah sekarang, Tun Mahathir kembali ke arus perdana politik negara kerana mahu menaikkan anaknya Mukhriz. Ini jelas kelihatan apabila beliau mahukan kombinasi Shafie Apdal sebagai PM dan Mukhriz sebagai TPM II.

5. Anwar pula tidak mahu tertipu buat kali ketiga dengan Tun Mahathir.

6. Dengan pertukaran Art Harun dari SPR kepada Dewan Rakyat juga jelas memperlihatkan PM TSMY akan meletakkan seseorang yang paling dipercayai untuk menerajui Suruhanjaya Pilihan Raya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.

7. Ketika rakyat amat bersyukur dengan cara PM TSMY menjaga keselamatan dan kebajikan rakyat ketika menghadapi pandemik Covid-19, inilah masa terbaik.

8. Ketika persepsi rakyat terhadap Kerajaan PN PM TSMY berada di landasan dan tahap yang betul. Inilah masa yang amat sesuai.

9. BN dan PN harus belajar dari kesilapan silam.

10. PRU ke-14 sepatutnya diadakan pada penghujung tahun 2017, selepas SEA GAMES, ketika rakyat mempunyai feel good factor.

11. Tetapi ini tidak dilakukan, kerana mahukan persempadanan semula kawasan DUN dimuktamadkan di negeri Selangor dan Perak.

12. Kedua-dua Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor dan Perak berjaya meyakinkan DS Najib Razak tangguh sehingga Mei 2018.

13. Akhirnya ini membawa padah.

14. Kesilapan yang sama tidak perlu diulang semula.

15. Kita perlu bersiap sedia.

16. Pilihan raya umum di Singapura perlu dilihat sebagai penanda aras. Sekiranya cara mereka menjalankan proses Pilihan Raya Umum berjaya ketika norma-norma baru.

17. Tidak salah untuk negara meniru cara Singapura melaksanakan pilihan raya umum mereka.

GOOD LUCK MALAYSIAN.

Stay safe always.

Abdul Rahman Abdullah 

London, England.

(Artikel ini dihantar oleh pembaca Editor Malaysia melalui WhatsApp) 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts