ADAKAH SELANGOR MILIK PERIKATAN NASIONAL (PN)?

1.1k
SHARES
3.4k
VIEWS

Menteri Besar Selangor dari PH telah dijemput hadir dalam mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan (MTPNg) Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh Menteri Kerajaan Persekutuan Perikatan Nasional (PN), Dato’ Seri Azmin Ali.

Namun wakil-wakil rakyat PN dari Selangor terutama daripada UMNO dan PAS tidak dijemput ke mesyuarat ini.

Saya mempunyai pengalaman selama dua penggal sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor sebelum ini (dahulu dikenali sebagai MTPPNg) dan ICU JPM sebagai agensi pelaksana.

Majlis Tindakan Persekutuan ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai agensi pelaksana pembangunan di negeri-negeri pembangkang (PH dan Warisan) di mana ia menjadi platform bagi wakil-wakil rakyat dari parti-parti kerajaan persekutuan untuk terlibat dalam pembangunan negeri.

Adalah amat luar biasa dan pelik apabila wakil-wakil rakyat iaitu Ahli Parlimen dan ADUN PN Selangor tidak dijemput menghadiri mesyuarat tersebut sebaliknya Menteri Besar PH pula dijemput hadir.

Saya musykil dan ingin bertanya:

Adakah Menteri Besar Selangor kini telah menyertai kerajaan PN? Atau adakah Dato’ Seri Azmin menganggap beliau masih Menteri Besar Selangor dari PH?

Apa-apa pun, selepas ini libatkanlah wakil-wakil rakyat PN dari UMNO dan PAS dalam pembangunan negeri Selangor.

Tentunya Muafakat Nasional boleh menyumbang untuk mengukuhkan Perikatan Nasional di Selangor.

Sebab jika Selangor menjadi milik PN ia tentunya adalah lebih baik untuk rakyat Selangor.

-Tan Sri Noh Omar

https://www.facebook.com/407605752591041/posts/3563873110297607/?d=n

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts