Rakyat Malaysia boleh melihat warga Bangladesh yang juga digelar sebagai ‘Bangla’, merata-rata di sana-sini. Bangla ini boleh dilihat mengusahakan kedai perabot terpakai, perkhidmatan mencuci kereta, memasang ‘tinted‘ cermin kereta serta mempunyai kedai makan dan juga kedai runcit.
Tidak seperti warga Acheh yang lebih memonopoli kedai runcit, Bangla pula dilihat lebih mendominasi perkhidmatan mencuci kereta dan pengusaha perabot terpakai yang boleh dilihat di merata-rata tempat sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
Sedangkan permit bekerja mereka tidak menyenaraikan tempat-tempat bekerja seperti yang disebutkan di atas, apatah lagi menjadi pengusaha, peniaga ataupun mempunyai kedai sendiri dan pihak berkuasa sewajarnya menyiasat terperinci apatah lagi kini wujud masalah baru iaitu mereka mula menghina dan memfitnah negara yang selama ini ‘berlembut’ sehingga Bangla mula ‘pijak kepala’.
Masalah pendatang asing ini sudah lama berlaku, mungkin kerana kelemahan penguatkuasaan dan juga rasuah namun sampai bila kerajaan hendak membiarkannya? Ia umpama bom jangka yang akan meledak pada bila-bila masa jika tidak ditangani sepenuhnya dengan segera.
Rujuk: “Warga Asing Kuasai 3P” di pautan;
https://editormalaysia.com/1527/
Rujuk: “Warga Asing Kuasai Masjid dan Surau” di pautan;
https://editormalaysia.com/1524/
Rujuk “Haramkan terus peminta Derma Warga Asing” di pautan;
https://editormalaysia.com/1476/
Rujuk “PUTRA saran tubuh RCI Tangani Isu Kewarganegaraan dan Pendatang Asing ” di pautan;
https://editormalaysia.com/14677/
Jika tidak dihentikan, masalah akan bertambah. Antaranya kini media asing Al Jazeera yang disyaki didalangi oleh warga tempatan sendiri mula mengambil kesempatan dan mengapi-apikan Bangla untuk mengutuk dan memfitnah Malaysia kerana ingin memburuk-burukan negara yang cemerlang menangani pandemik Covid-19 dan mendapat pujian seluruh dunia.
Sudah menjadi lumrah mereka yang dengki akan sentiasa mencari peluang untuk memburuk-burukkan negara ini dan kini mereka ‘beralih arah’ menggunakan warga asing Bangla seperti Md Rayhan Kabir yang bukan sahaja tidak tahu bersyukur malah berani memfitnah Malaysia, demi mencapai matlamat mereka memburuk-burukkan kerajaan.
Perkara ini diburukkan lagi dengan sokongan beberapa pemimpin Pakatan Harapan yang dari awal mengatakan kerajaan bersikap tidak adil terhadap pendatang asing kononnya atas maksud kemanusiaan dan hak asasi, sedangkan jika bertaraf ‘PATI’ iaitu Pendatang Asing Tanpa Izin, tiada hak bagi mereka untuk menegakkan hak asasi kerana telah melanggar undang-undang untuk masuk ke negara secara haram.
Malah tiada mana-mana negara yang akan membiarkan PATI berleluasa dalam negara mereka atas nama kemanusiaan ataupun hak asasi, hanya mereka yang tidak cerdik sahaja akan menggunakan isu ini untuk memenuhi agenda dan matlamat politik mereka yang ingin memburuk-burukkan negara sepanjang masa.
Cara menyelesaikan masalah ini cukup mudah, bukan setakat meminta Al Jazeera meminta maaf di mana negara sudahpun dipandang buruk di mata dunia, cara lebih mudah adalah dengan menghentikan mana-mana Bangla yang tidak bersyukur dan memfitnah negara sebagai tidak adil, zalim dan kononnya melayan mereka seperti binatang untuk segera pulang ke negara mereka yang tentunya akan melayan mereka ‘lebih baik’ dari Malaysia.
Jangan hanya sekadar memohon Duta Bangladesh di Malaysia hadir memberikan penjelasan, bukan hanya menuntut Al Jazeera memohon maaf atas laporan palsu dan fitnah, bukan sekadar menangkap dan menghukum Rayhan yang memfitnah – kerajaan dan rakyat Malaysia juga wajar bersikap adil dengan memberi peluang kepada Bangla yang rupa-rupanya selama ini “ditindas dan dizalimi” di Malaysia untuk pulang ke negara asal bagi mengecapi hidup yang lebih adil dan pasti akan dilayan lebih baik di negara sendiri.
Bangla yang tidak tahu bersyukur ini tentu pandai mencari peluang pekerjaan yang lebih baik di Bangladesh, yang menawarkan gaji yang lebih tinggi dari bekerja di Malaysia serta membuka perniagaan sendiri seperti yang mereka kecapi di Malaysia selama ini dengan mengusahakan kedai makan, mencuci dan memasang ‘tinted‘ kereta serta membuka kedai perabot terpakai.
Wahai Bangla yang tidak tahu bersyukur, terus pulang ke negara anda serta merta dan jangan kembali lagi ke negara kami yang akan anda fitnah juga akhirnya setelah bersenang-lenang selama ini mencari rezeki tanpa halangan dan paksaan.
Kerajaan pula, sampai bila hendak berlembut?