KENAPA HAMID BADOR SEPERTI TIDAK BERSUNGGUH DALAM INSIDEN PEMBUNUHAN ARWAH ADIB?

673
SHARES
1.6k
VIEWS

1. Tan Sri Abdul Hamid Bador dilantik sebagai Ketua Polis Negara oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak lama selepas Pakatan Harapan berkuasa selepas menang Pilihan Raya Umum ke-14

2. Tun Mahathir sendiri akui wujud cubaan bunuh ke atas anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang bertugas pada malam kejadian beliau dipukul sehingga menjadi asbab kepada kematiannya tidak lama kemudian

3. Tun Mahathir tentunya membuat kenyataan itu selepas menerima nasihat daripada seluruh petugas awam dan pihak berkuasa terlibat, termasuk Kementerian Kesihatan dan Institut Jantung Negara, serta lain-lain pihak termasuk Kementerian Dalam Negeri di mana pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah di bawah Kementerian tersebut

4. Tidak lama selepas kejatuhan Pakatan Harapan apabila Tun Mahathir sendiri yang meletakkan jawatan, kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin komited ingin mencari kebenaran dalam insiden menyayat hati ini yang tidak dipedulikan malah seolah-olah ingin ditutup terus oleh Pakatan Harapan ketika berkuasa

5. Hamid Bador membuat kenyataan yang tidak sepatutnya, seolah-olah sukar meneruskan siasatan walaupun pihak kerajaan sendiri termasuk Kementerian Dalam Negeri khususnya menunjukkan kesungguhan dalam kes ini 

6. Kenyataan Hamid Bador kemudiannya disanggah oleh barisan peguam keluarga Adib yang membuat kenyataan media dan memperhalusi pelbagai perkara secara terperinci yang seolah-olah tidak dipedulikan oleh Hamid Bador dan PDRM

7. Kenapakah Hamid Bador memberi alasan kononnya agak sukar meneruskan kes ini menerusi kenyataan kononnya kes ini “telah menemui jalan buntu”, seperti yang dibangkitkan oleh peguam keluarga Adib?

8. Persoalannya, kenapa Hamid Bador yang sebelum ini dilantik oleh Tun Mahathir dan kerajaan Pakatan Harapan yang kelihatan sangat bersungguh-sungguh ingin menutup kes arwah Adib ini, kini bertindak seperti “mengikut telunjuk Pakatan Harapan”? 

9. Adakah cubaan Hamid Bador cuba menidakkan dapatan Mahkamah Koroner  yang telahpun memberikan dapatannya mengenai punca dan sebab kematian arwah Adib, konsisten dengan hasrat Pakatan Harapan ingin menutup kes ini?

10. Adakah Hamid Bador bukan sahaja sebagai seorang yang berkuasa ketika ini sebagai Ketua Polis Negara, tidak mahu menyiasat dan mengungkapkan kebenaran walau sepahit manapun kebenaran tersebut?

11. Atau, sebenarnya apa yang pihak-pihak tertentu ingin sembunyikan yang sewajarnya Hamid Bador bertegas untuk menegakkan keadilan atau “rule of law” yang sering dilaung-laungkan oleh Tun Mahathir dan Pakatan Harapan, walaupun beliau dilantik oleh mereka – bagi menunjukkan beliau jujur, telus dan amanah menjalankan tugas, menegakkan undang-undang yang ‘buta’ tidak mengenal sesiapa

12. Jika Hamid Bador dalam kes melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, beliau begitu komited dan bersungguh-sungguh ingin menegakkan kebenaran, apa salahnya dalam kes rusuhan Kuil Mariamman sehingga mengakibatkan kematian Adib ini beliau juga mengambil pendirian yang serupa?

13. Atau, apa salahnya beliau merujuk kepada Tun Mahathir yang telah melantik beliau sebagai Ketua Polis Negara, agar menunjukkan bukti-bukti atau saksi-saksi, kerana ketika itu Tun Mahathir sendiri selaku Perdana Menteri juga yakin Adib (yang ketika itu masih dirawat di Institut Jantung Negara) dibelasah atas cubaan untuk membunuhnya?

14. Seluruh rakyat Malaysia memohon jasa baik Hamid Bador dan PDRM bertindak menyiasat sewajarnya atas ketidakadilan yang berlaku ke atas arwah Adib yang mungkin dapat mengurangkan sedikit bebanan dan penderitaan keluarga Adib dan rakan-rakannya yang terlibat pada malam kejadian

15. Jika tidak, adalah lebih baik pihak kerajaan mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) sesegera mungkin agar keadilan dapat ditegakkan

Wallahualam. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts