SERAH BALIK MANDAT KEPADA RAKYAT DEMI KELANGSUNGAN KERAJAAN PN, JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA

302
SHARES
974
VIEWS

Usul menukar speaker oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya mendapat 111 undi disebabkan YB Maximus Ongkili tidak hadir (uzur). YB Rashid Kasnon pula tidak boleh mengundi disebabkan beliau sebagai Timbalan Speaker. PH Plus mendapat 109 undi. Hasil dari pengundian ini boleh disimpulkan seperti berikut:

1. Kekuatan TSMY dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) amatlah rapuh, sesuatu mestilah dibuat oleh TSMY untuk menguatkan kedudukan beliau. Banyak cara boleh dilakukan untuk mendapatkan sokongan. “When you are in power, make sure you are powerful”.

2. Jika keadan semasa mengizinkan, pembubaran Parlimen adalah jalan terbaik demi kestabilan politik. Pulangkan semula mandat rakyat, tutup mulut terhadap kata-kata seperti “kerajaan pintu belakang” dan “tebuk atap”. 

3. Kerajaan PN tidak menghadapi banyak masalah sekiranya diadakan ‘snap election‘ disebabkan PH dalam keadaan bercelaru untuk memilih calon Perdana Menteri mereka. Kerajaan PN juga terbukti dapat menangani krisis pandemik Covid-19 dengan baik. Bantuan kepada rakyat semasa pandemik juga dijangka dapat memenangi hati pengundi. 

4. Kekuatan Muafakat Nasional sebagai tunjang PN tidak menghadapi banyak masalah sekiranya diadakan PRU secapat mungkin. Ini terbukti dengan kemenangan bergaya 6 PRK berturut-turut.

Oleh Shahbudin Embun

Pengerusi Biro Politik

Majlis Perundingan Melayu

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts