Sebelum ini apabila Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ‘hijack‘ kerajaan yang diketuai oleh Tan Sri Musa Aman apabila Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 dan menjadi Ketua Menteri Sabah, mereka mengatakannya sebagai mandat rakyat.
Apabila kerajaan Pakatan Harapan tumbang apabila Perdana Menteri mereka sendiri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan, mereka melaungkannya sebagai mengkhianati mandat rakyat.
Sedangkan jelas Mahathir tersilap percaturan apabila meletakkan jawatan yang membuatkan Pakatan Harapan semakin goyah dan tidak keruan kerana hilang kuasa sekelip mata.
Malah Pakatan Harapan cuba menutup peristiwa yang sangat memalukan mereka ini kononnya disabotaj oleh ‘kerajaan pintu belakang’ yang mengambil alih kerajaan dan membelakangkan atau khianat mandat rakyat.
Sehingga beriya Pakatan Harapan membuat perancangan menamakan siapa Perdana Menteri mereka sehinggalah akhirnya Shafie dimasukkan sebagai senarai calon Perdana Menteri selain Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan harapan kuasa diserahkan kembali kepada mereka tanpa melalui pilihan raya umum.
Beriya Pakatan Harapan membantah PRU-15 dilaksanakan kerana kononnya risaukan pandemik Covid-19 yang masih melanda negara.
Tetapi kini apabila Shafie di ambang kejatuhan, sama seperti yang dilakukan terhadap Musa Aman sebelum ini, beliau berjumpa Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin untuk membubarkan Parlimen kononnya agar “mandat diserahkan kepada rakyat”.
Apabila terkena atas batang hidung sendiri, segala-galanya adalah ‘mandat rakyat’ termasuk membubarkan Parlimen kerana jika tidak dibubarkan, Shafie takut dirinya senasib seperti anak Tun Mahathir, Datuk Seri Mukhriz yang kerajaannya ditumbangkan apabila sokongan ADUN beralih arah.
Bagi Pakatan Harapan apa sahaja adalah mandat rakyat tetapi apabila tidak lagi memperoleh mandat rakyat, mereka akan menuduh pihak lain mengkhianati mandat rakyat.
Sama juga dalam kes mahkamah, apabila terkena atas batang hidung sendiri, mahkamah dituduh tidak adil, mengikut telunjuk kerajaan, tetapi apabila keputusan hakim menyebelahi mereka, cepat-cepat mereka akan kata mahkamah adil dan hakim bijaksana.
Bahkan lebih teruk ketika memerintah, bukan sahaja Pakatan Harapan membelakangkan dan menghina rakyat, apa sahaja pertuduhan terhadap pemimpin mereka akan digugurkan kerana takut dibawa ke mahkamah.
Diharapkan pada PRU-15 kelak jangan ada lagi pengundi-pengundi yang terpedaya dengan retorik “MANDAT RAKYAT” Pakatan Harapan cuba-cuba lagi kononnya tukar kerajaan ini seperti menukar ubat, jika tidak elok boleh ubah kembali kerana kesan buruknya amat besar terhadap rakyat dan negara.
Diharapkan pada PRU-15 kelak jangan ada lagi pengundi-pengundi yang terpedaya dengan retorik “MANDAT RAKYAT” Pakatan Harapan untuk cuba-cuba lagi kononnya tukar kerajaan ini seperti menukar ubat, jika tidak elok boleh ubah kembali.
Ini kerana kesan buruknya amat besar terhadap rakyat dan negara yang bolwh dilihat selama 22 bulan Pakatan Harapan memerintah.