KERAJAAN SABAH TUMBANG, HASIL FITNAH DAN KHIANAT PAKATAN HARAPAN SENDIRI

5.6k
SHARES
17.9k
VIEWS

Di sebalik kenyataan menyokong pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah, tentunya Datuk Seri Anwar Ibrahim tergelak besar dalam hatinya kerana ‘calon’ Perdana Menteri Pakatan Harapan cadangan Tun Mahathir Mohamad tumbang di Sabah hanya setelah 27 bulan berkuasa.

Sejak seteru utamanya menamakan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri, kem Anwar ‘mengamuk sakan’ dan tidak mustahil insiden keluar parti beramai-ramai inipun didalangi oleh PKR sendiri tidak kira kem Azmin ataupun kem Anwar. 

Tentunya UMNO dan Barisan Nasional dipersalahkan apabila yang cuba bertemu tetapi ditahan berjumpa Tuan Yang Terutama Sabah bersama Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang menarik sokongan terhadap Shafie dan kembali menyokong beliau adalah Tan Sri Musa Aman.

Beliau sebelum ini dipecat sebagai Ketua Menteri Sabah apabila Shafie ‘mencuri’ ADUN-ADUN Sabah hanya dua hari selepas Musa Aman membentuk kerajaan dan membentuk kerajaan pada 12 Mei 2018.

Maka Musa Aman yang paling layak mengetuai pasukan ADUN bertemu Tuan Yang Terutama kerana beliau ialah bekas Ketua Menteri Sabah yang sah namun kini menjadi sasaran mudah Pakatan Harapan untuk dipersalahkan walaupun tidak terlibat menjatuhkan Shafie apabila ADUN Pakatan Harapan sendiri yang berpaling tadah. 

Rakyat masih ingat bagaimana Musa diperlukan secara tidak adil sebegitu rupa, termasuk dengan pertuduhan yang diwujudkan kembali sedangkan kes tersebut telah lama digugurkan apabila beliau didapati tidak bersalah. 

Sebenarnya pembentukan Pakatan Harapan itu sendiri yang ‘tertegak’ hasil daripada fitnah dan pengkhianatan maka sampai bila-bilapun ‘pakatan’ yang dicipta hasil daripada fitnah dan khianat sebegini tidak akan bertahan, yang hanya berhasil memperdaya rakyat yang tegar mengundi dan menyokong mereka – walaupun penyokong tegar mereka sendiri berkali-kali ditipu secara terang-terangan. 

Justeru, jika belum menjadi Perdana Menteripun sudah tumbang di negeri sendiri sebelum Pilihan Raya Umum ke-15, wajar Shafie berfikir beribu kali sebelum menanam cita-cita menjadi Perdana Menteri walaupun ia dicadangkan oleh mentornya Mahathir yang sangat licik berpolitik.

Ini kerana Mahathir sendiri ‘tergelincir’ juga akhirnya sehingga tersilap meletakkan jawatan yang menjadi igauan ngeri dan kebodohan terbesar Pakatan Harapan sampai bila-bila – kerana beliau sendiripun menjadi Perdana Menteri ketujuh dengan fitnah dan khianat. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts