KENAPA KJ DAN MAHATHIR SAMA-SAMA MASIH BELUM BOLEH ‘MOVE ON’?

1.7k
SHARES
5.5k
VIEWS

Persamaan antara Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad ialah masing-masing masih belum boleh ‘move on‘ lagi dan lupakan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang kini tiada apa-apa jawatan ataupun kuasa untuk membuat keputusan dalam kerajaan.

Dalam setiap ucapan Mahathir, beliau akan mengaitkan dan menyalahkan Najib walaupun jelas Najib tiada kaitan langsung dalam banyak perkara namun Mahathir tetap akan ‘memetik’ nama beliau dan seolah-olah telah menjadi ‘dendam kesumat’.

Bagi Mahathir, sebelum jadi Perdana Menteri, semasa menjawat jawatan tertinggi tersebut sehinggalah kini beliau tidak lagi menjawat jawatan Perdana Menteri namun nama Najib masih ‘diratib’nya.

Bagi KJ pula yang jauh lebih muda sepatutnya lebih rasional berbanding Mahathir yang sudah terlalu lanjut usia namun KJ juga seperti Mahathir, semasa menjadi Menteri dan kemudiannya tidak lagi menjawat jawatan tersebut, kemudiannya kini menjawat kembali jawatan Menteri namun tetap tidak dapat ‘melupakan’ Najib.

Mahathir lebih logik jika masih belum boleh move on kerana beliau seteru politik utama Najib dan masih mempunyai ‘dendam’ yang tidak terlunas sehingga kini, tetapi KJ pula langsung tidak sewajarnya bertindak sedemikian.

Ini kerana Najib bukan sahaja sama parti dengan beliau, malah merupakan bekas bos yang melantik KJ menjadi Menteri Belia dan Sukan, setidak-tidaknya perlu ada perasaan hormat dan santuni bekas ketua beliau yang banyak memberi peluang kepada KJ naik sebelum ini.

Atau jika tidak suka Najib sekalipun, KJ wajar menunjukkan contoh kepimpinan dan menghormati yang lebih tua. Ini tidak, pantang ada ruang beliau akan cuba ‘mencucuk’ dan mendapatkan ‘mileage’.

Sikap ini sikap seorang bacul yang terzahir kerana KJ mengkritik dan menyindir hanya selepas Najib bukan lagi Perdana Menteri. Mungkin bukan ‘mileage‘ dalam UMNO yang cuba beliau dapatkan, tetapi cuba ‘mengambil hati’ Pakatan Harapan selama ini agar terkeluar dari ‘radar’ mereka.

Jika sebelum ini ketika Pakatan Harapan masih memerintah, mungkin KJ takut dan cuba mengambil hati kerana takut menjadi sasaran seperti Tan Sri Musa Aman, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan lain-lain pemimpin UMNO yang masih tidak habis disiasat sehingga ke hari ini termasuk Najib sendiri – kerana KJ tiada sifat pejuang cuma ‘play safe‘ dalam setiap tindakan politiknya.

Dengan bersikap sebegitu maka menjadi punca beliau dilantik sebagai salah seorang Menteri Kerajaan Perikatan Nasional oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, maka ‘salakan’ terhadap Najib dan kepimpinan UMNO lain perlu diteruskan agar beliau tidak menjadi sasaran Pakatan Harapan pula selepas ini.

Sebab itu mungkin KJ sampai bila-bila tidak akan mampu ‘move on’. 

Siri-siri KJ menyalak boleh dibaca di pautan berikut;

“Sudahlah tu menyalaknya Khairy 1”;

SUDAHLAH TU MENYALAKNYA KHAIRY

“Sudahlah tu menyalaknya Khairy 2: ‘Kehebatan’ Khairy”;

SUDAHLAH TU MENYALAKNYA KHAIRY 2: KEHEBATAN KHAIRY

“Sudahlah tu menyalaknya Khairy 3: KJ masih belum move on”;

SUDAHLAH TU MENYALAKNYA KHAIRY 3: KJ MASIH BELUM ‘MOVE ON’

Selain itu, mungkin juga KJ masih terkilan dan tidak boleh move on kerana tidak boleh menerima hakikat kalah menjadi Presiden UMNO sebelum ini dan berterusan menjadikan Najib dan Zahid sebagai target-nya?

Rujuk “Khairy masih terkilan tidak dapat jadi Presiden UMNO?” di pautan; https://editormalaysia.com/4191/

Persoalannya, kenapa KJ takut mengkritik Mahathir ataupun Pakatan Harapan selama ini sebaliknya bertindak berani terhadap rakan-rakan parti termasuk bekas ‘bos’ sendiri?

Adakah KJ yang tidak boleh move on dan menerima hakikat bahawa Najib dan UMNO tidak terkubur seperti banyak ramalan dan malah bangkit kembali di pelbagai PRK di seluruh negara?

Sudah-sudahlah tu KJ memalukan diri sendiri. Jika tidak mahu jaga nama sendiripun, setidak-tidaknya jagalah nama bapa mentua, seorang Negarawan yang telah banyak berjasa sebelum ini.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts