ADA APA DENGAN LAFAZ SUMPAH WALLAHI, WABILLAHI, WATALLAHI NAJIB?

17.3k
SHARES
55.7k
VIEWS

1. Najib disabitkan bersalah semua 7 pertuduhan

Apabila Hakim Mahkamah Tinggi menetapkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bersalah dan dihukum penjara 12 tahun serta denda RM210 juta, pandangan masyarakat bercampur-baur antara benar-benar bersalah ataupun tidak.

Selain akan dibawa ke Mahkamah Rayuan selaku proses seterusnya, Najib dan pasukan peguam belanya yakin kebenaran akan terserlah di hadapan tiga ataupun lima Hakim Mahkamah Rayuan kelak. Ini kerana Peguam Najib berpandangan Hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf, menurut pandangan Tan Sri  Muhammad Shafee Abdullah.

2. Hujah peguam bela Shafee Abdullah

Shafee mengatakan bahawa banyak hujah-hujah dan bukti-bukti yang terdedah daripada hasil soal balas saksi-saksi tidak digunakan sebagai alasan menjatuhkan hukuman termasuk siasatan daripada SPRM sendiri yang bertemu kerabat Diraja Saudi dan mengesahkan pemberian dana RM2.6 bilion tersebut. Agak menghairankan apabila Hakim tidak menggunakan atau menolak bukti jelas yang diakui sendiri oleh pemberi dana. 

Selain itu saksi dan dalang utama iaitu Jho Low dan Nik Faisal juga tidak dapat dihadirkan atas pelbagai alasan oleh pihak berkuasa Malaysia dan ini sepatutnya menjadi asas utama untuk kes ini dibuang atau ditangguhkan selagi dua saksi utama tersebut tidak dapat dihadirkan ke mahkamah. 

3. Najib bersumpah – Wallahi, Wabillahi, Watallahi

Selain itu, apa yang lebih menarik dan ingin difokuskan ialah Najib telah bersumpah Wallahi, Wabillahi, Watallahi di mahkamah selepas hujah pendakwaan dan pembelaan.

Apabila beliau sendiri sudahpun bersumpah laknat tersebut maka jika Najib berbuat salah, maka hukuman dan laknat Allah Taala ke atasnya akan segera diterima.

Namun jika tidak, mereka yang yakin Najib bersalah, termasuk menyebar fitnah kononnya Najib bersalah, menjaja cerita ke sana dan ke mari dengan pelbagai ‘bukti’ kononnya (tetapi mereka ini tidak beranipun ke mahkamah membantu siasatan dengan ‘bukti’ tersebut, sekadar membuat fitnah di media sosial) termasuk pereka fitnah yang menuduh, menangkap, menjatuhkan hukuman dan lain-lain ‘subahat’ memfitnah Najib atas apa yang beliau tidak lakukan – nescaya hukuman dan laknat Allah akan tertimpa ke atas mereka, tidak kiralah mereka percaya ataupun tidak dengan sumpah laknat ini.

4. Hakikat sumpah laknat bagi seorang Islam

Sebagai seorang Islam, jika benar-benar kita tidak bersalah atas pelbagai tuduhan ataupun fitnah yang melibatkan maruah dan harga diri, bukan sahaja diri sendiri malah melibatkan keluarga, tentunya kita ingin bersumpah tidak membuatnya, walaupun sedang dibicarakan, tanpa rasa takut. Persoalan wajar atau tidak wajar dilakukan itu perkara kedua.

Selepas bersumpah laknat, maka semua pihak hendaklah berlapang dada kerana segala perkara ketika itu akan dihukum serta dilaknat oleh Allah Taala. Jika tidak buat seperti tuduhan, tidak menjadi masalah untuk bersumpah laknat, tetapi jika beliau buat, tentunya takut untuk bersumpah laknat kerana khuatir ditimpa laknat atas sumpah sendiri.

Sumpah laknat ini penting bagi orang yang dituduh untuk membersihkan nama dan maruahnya, tidak penting jika tidak ada sesiapa yang percaya sekalipun, kerana balasan dan laknat Allah itu akan tertimpa atas mereka yang terlibat, sesuai dengan apa yang disumpahkan. 

5. Kes menteri semburit

Sebagai contoh mudah, adakah menteri yang dituduh semburit ada bersumpah laknat dan berani mengaku tidak buat? Sedangkan penuduh berkata mereka bukan sahaja ada bukti rakaman penuh video perlakuan tersebut tetapi juga pengakuan saksi yang terlibat dan rakaman CCTV keluar masuk hotel dan bilik.

Menteri tersebut wajar bersumpah laknat membersihkan namanya yang teruk dituduh sebegitu rupa. Jika beliau tidak bersumpah, ini menimbulkan tanggapan lain.

Maka demi maruah beliau dan keluarga yang kini tercemar, termasuk nama baik parti sendiri, tentunya sangat wajar beliau bersumpah laknat Wallahi, Wabillahi, Watallahi mengaku sesungguhnya beliau tidak buat dan difitnah. Jika tidak bersemburit seperti  pengakuan salah seorang pelaku tersebut, tentu menteri itu tidak takut bersumpah laknat. 

6. Kes liwat pemimpin parti

Selain itu, pemimpin utama parti yang bukan sahaja dituduh liwat malah dua kali dipenjarakan atas kesalahan  yang sama, kenapa tiada langsung beliau bersumpah laknat tidak lakukan perkara tersebut, tidak kiralah apapun alasan yang diberikan bagi mengelakkannya bersumpah laknat. 

Apatah lagi beliau sudah dua kali dipenjarakan sehingga terpaksa memohon pengampunan Diraja daripada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, tentu beliau ingin bersumpah laknat agar maruahnya tidak tercalar kerana digelar sebagai peliwat. 

Malah beliau wajar buktikan bahawa dipenjara dua kali dengan hukuman penjara di dunia ini tidak beerti beliau bersalah dan banyak berlaku di seluruh dunia atas pemenjaraan yang salah. 

7. Berlaku sabitan bersalah bukan ke atas pesalah sebenar

Rujuk sahaja carian Google, berapa banyak kes di seluruh dunia yang menyabitkan individu tidak bersalah, sesetengahnya mati di dalam penjara namun kemudiannya baru ditemui penjenayah atau pelaku sebenar, kemudiannya pampasan diberikan kepada ahli keluarga oleh pihak kerajaan yang terkhilaf membuat keputusan.

Ini membuktikan tidak semua hakim membuat keputusan yang 100 peratus akan menyabitkan pesalah sebenar, mungkin kerana tidak cukup atau mengabaikan bukti, masalah teknologi dan pelbagai faktor yang lain.

8. Sumpah laknat bukan pengganti  perbicaraan di mahkamah

Kerana itulah dalam Islam lebih adil, peluang menyatakan tidak bersalah boleh diungkapkan melalui sumpah Wallahi, Wabillahi, Watallahi.

Walaupun sumpah laknat ini tidak boleh digunakan di mahkamah namun ia amat penting bagi orang Islam yang beriman dengan Allah Taala dan yakin sepenuhnya dengan kekuasaan dan kudrat-NYA. Tinggal hendak percaya ataupun tidak sahaja. 

9. Skandal pemimpin dengan isteri orang

Contoh yang lain, sehingga kini juga tidak kedengaran sumpah laknat seorang pemimpin tertinggi negara mengenai skandal dengan isteri orang yang dilapor sendiri oleh suami wanita tersebut sedangkan hal ini melibatkan maruah diri dan keluarga. Isteri  dan anak-anak pemimpin tersebut sendiripun tentu ingin mengetahui kebenaran sama ada suami atau bapa mereka itu bersalah ataupun tidak.

Jika sekadar kes skandal inipun tidak berani bersumpah, bayangkan kes sebesar Najib, beliau berani bersumpah tidak mempunyai pengetahuan, meminta, mengarahkan atau menguruskan wang yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya – terpulang kepada kita hendak percaya ataupun tidak namun hati-hati kerana lafaz sumpah telahpun dibuat, kelak khuatir diri sendiri terjebak dan dihukum serta dilaknat Allah Taala jika sekiranya Najib tidak bersalah.

10. Pemimpin-pemimpin lain, berani atau tidak bersumpah seperti Najib? 

Persoalan kini bukan tertumpu kepada Najib, tetapi tertumpu kepada beberapa pemimpin terkenal lain yang disebutkan selama ini terlibat skandal dengan isteri orang, ada yang bersemburit di hotel ketika PRK dan ada yang sentiasa aktif dengan aktiviti liwat – MEREKA INI BILA PULA HENDAK BERSUMPAH?

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts