Nampaknya seluruh Pakatan Harapan terutamanya DAP masih tidak dapat ‘move on‘ dengan sindrom “INI SEMUA SALAH NAJIB”.
Kini apabila bekas Menteri Kewangan kesayangan Pakatan Harapan iaitu Lim Guan Eng ditahan dan akan didakwa oleh SPRM atas kesalahan Terowong Dasar Laut di Pulau Pinang yang masih menjadi misteri sehingga ke hari ini, maka DAP dan Tony Pua terus “melatah tidak keruan” dengan menyalahkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan UMNO kononnya sebagai punca Guan Eng ditahan.
Tony Pua menuduh Najib dan UMNO membuat syarat untuk menerima masuk Perikatan Nasional adalah dengan membuka kembali siasatan terowong tersebut.
Rujuk penjelasan terperinci Najib di laman Facebook beliau di pautan; https://m.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10157265768120952/?type=3&source=57
Timbul persoalan, jika benar sekalipun, apa yang perlu Guan Eng, Tony Pua dan DAP takutkan? Akaun merekapun belum lagi dibekukan seperti yang Najib dan UMNO kena sebaik sahaja Pakatan Harapan naik memerintah.
Lagipun, DAP dan Pakatan Harapan sebegitu yakin Guan Eng sebegitu ‘suci’ dan bebas daripada rasuah, maka tidak ada apa yang perlu mereka takutkan, malah mahkamah boleh menjadi medan membuktikan Guan Eng suci dan bebas rasuah.
Maka rugilah jika DAP dan Pakatan Harapan tidak menggunakan peluang ini untuk membuktikan Guan Eng tidak bersalah, lagipun ketika ini ‘reformasi’ membersihkan mahkamah dan instrumen kerajaan telahpun ‘berjaya’ mereka lakukan apabila Najib sendiri selaku bekas Perdana Menteri telah didakwa dan disabitkan kesalahan.
Takkan dalam kes Najib mereka percayakan mahkamah itu adil, tetapi dalam kes Guan Eng, mahkamah tiba-tiba menjadi tidak adil pula?
DAP dan Pakatan Harapan perlu reda dengan sistem keadilan di Malaysia sekarang yang telah ‘dipulihkan’ oleh mereka dalam hanya 22 bulan berkuasa seperti yang mereka dakwa dan bangga sebaik sahaja Najib didapati bersalah sebelum ini.
Tentu Guan Eng boleh membuktikan beliau tidak bersalah di dalam sistem yang sama.