Saya supaya saran pihak polis siasat dakwaan pengadu dahulu, bukannya siasat dan dakwa si pengadu pula.
Jika telah ada berpuluh tangkapan dan beratus rampasan mesin judi di Sungai Buloh baru-baru ini seperti yang dinyatakan dalam sidang media semalam, maksudnya perkara ini benar berlaku dan bukan fitnah atau tohmahan.
Jika polis bersikap defensif dan mengambil tindakan ke atas pengadu pula apabila aduan dibuat, ini menjadikan rakyat lebih tidak percaya kepada polis dan ia akan lebih mencemarkan imej polis.
Saya harap Tan Sri Hamid Bador ambil lebih perhatian dan tindakan sewajarnya ke atas perkara ini, kenyataan demi kenyataan sahaja tidak mencukupi.
Rakyat mahu lihat tindakan.