ISU TERBALIKKAN BENDERA, WAJAR TERUS DIPENJARAKAN

406
SHARES
1.3k
VIEWS

Isu bendera dipasang secara terbalik tidak perlu kepada permohonan maaf ataupun menunggu penjelasan.

Setiap bendera yang dipasang terbalik hanya perlu kepada hukuman tegas, apatah lagi jika ia dipasang oleh organisasi ataupun syarikat.

Jika ia dipasang oleh sekolah swasta seperti yang selalu berlaku di sekolah vernakular, maka jelas pendidikan yang disampaikan oleh sekolah seperti itu tidak bersesuaian dan hanya memberi bukti betapa gesaan untuk menutup sekolah vernakular perlu disegerakan.

Isu bendera terbalik ini bukan isu tersilap, tidak sengaja ataupun tidak perasan. Budak tadika yang masih mentah tahu bagaimana memasang bendera dengan betul, maka sebarang kesilapan tidak mungkin disengajakan. Malah ia bukanpun kesilapan tetapi memang disengajakan.

Justeru bagi memudahkan semua pihak sama ada pihak berkuasa, pihak sekolah vernakular yang suka dan sengaja memasang bendera terbalik, kedai atau organisasi yang sokong dan pasang bendera secara ‘sengaja silap’ serta masyarakat yang semakin lama semakin ‘bengang’ dengan tindakan yang disengajakan ini – WAJAR DIGUBAL UNDANG-UNDANG AGAR HUKUMAN KERAS TERUS DILAKSANAKAN TANPA PERLU KEPADA SIASATAN DAN DAKWAAN, jika hukuman sedia ada tidak cukup keras. 

Jika boleh, hukuman tersebut termasuk dipenjarakan. 

Tidak mungkin selepas pasang bendera tidak ada sesiapa melihat kembali sama ada ia telah dipasang secara betul atau terbalik, maka tiada alasan dan penjelasan diperlukan, hanya penjara yang menanti.

Jika hendak protes sekalipun, jangan libatkan bendera ataupun sebarang identiti negara seperti jata negara, kerana jika logo sekolah dipasang terbalik tentu mereka sendiri menjerit marah. 

Tidak guna berdegar-degar perjuang kononnya sebagai jati diri bangsa dan budaya sendiri, ataupun mahu teras pendidikan mereka dikekalkan, jika bendera negara sendiripun tidak mahu dihormati. 

Memalukan. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts