PENCETUS KLUSTER SIVAGANGGA BERSTATUS PR WAJAR DIKENAKAN HUKUMAN LEBIH BERAT

472
SHARES
1.5k
VIEWS

Lelaki terbabit yang berstatus penduduk tetap dikesan orang ramai memakai gelang merah jambu berada di kedainya ketika diwajibkan menjalani perintah kuarantin 14 hari.”

Rujuk pautan;

https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/node/720825/amp

Sungguh tidak bertanggungjawab! Sudahlah bukan warganegara Malaysia, kuarantin wajib selama 14 haripun sengaja dilanggar!

Pengusaha kedai Nasi Kandar Salleh di Napoh, Jitra, Kedah bukan hanya berada di kedai nasi kandarnya namun ke pelbagai premis lain seperti Agro Bank, Bank Rakyat, Public Bank serta pergi ke Lembaga Hasil Dalam Negeri Jitra. 

Jika mengikut laporan berita sebelum ini, beliau merupakan Pemastautin Tetap (PR), sepatutnya hukuman lebih keras termasuk dibatalkan PR tersebut kerana melanggar undang-undang negara lain secara sengaja, agar tiada warga asing lain yang diberi PR berani bertindak melampau seperti beliau.

Kluster Sivagangga bermula daripada seorang pemastautin tetap yang juga pemilik sebuah restoran nasi kandar di Napoh pulang ke Malaysia dari Sivagangga di India pada 13 Julai dan saringan Covid-19 di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didapati negatif.”

Rujuk pautan;

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/08/607286/3-positif-dari-kluster-sivagangga

Sikap biadap, tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri ini wajar dikenakan tindakan paling tegas kerana beliau tidak layak berada dalam sebuah negara yang majoriti rakyatnya patuh dan akur dengan arahan kerajaan.

Walaupun rakyat Malaysia sendiri akur  dan patuh dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pelbagai peringkat dilaksanakan sehingga ada yang dibuang kerja atau hilang punca pendapatan, tetapi warga asing yang diberi PR pula tidak mengendahkannya.

Kes ini bukan kecil, bukan perkara main-main malah ia melibatkan nyawa pesakit lain yang terdedah akibat kedegilannya mematuhi undang-undang negara ini. 

Akibat daripada perbuatannya itu, sekurang-kurangnya 45 individu daripada 4,636 saringan yang dijalankan, telah didapati positif Covid-19 membabitkan kes di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang di bawah Kluster Pesakit Bawah Siasatan (PUI) Sivagangga.

Sudahlah kerajaan menanggung semua kos saringan pesakit lain yang disebabkan oleh beliau, malah melalui TEMCO kerajaan juga perlu mengeluarkan kos bantuan kepada rakyat yang terjejas dan kos pelaksanaan pihak polis dan tentera di sana.

Walaupun kerajaan negeri bakal menutup terus kedainya dan bakal berdepan dengan saman penduduk, tetapi PR beliau itu yang sepatutnya kerajaan lucut atau batalkan serta jangan benarkan berniaga di negara ini selama-lamanya, bukan hanya penjara 5 bulan dan didenda RM12,000 sahaja. 

Jangan berlembut kerana pemilik Restoran Salleh ini memang jenis ‘tegar’ melakukan kesalahan apabila sebelum ini pernah diadukan oleh netizen bahawa  restoran beliau menjual makanan secara terbuka di bulan puasa kepada umat Islam yang tidak berpuasa.

Rujuk pautan; https://m.facebook.com/AduanRakyatKedah/photos/a.1578324222394236/1762518093974847/?type=3

Begitulah hasil ‘penangan’ seorang PR! Cukup-cukuplah ‘beri muka’ kepada warga asing seperti ini, agar jadi iktibar buat yang lain. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts